Langkau ke kandungan utama

Kaitan SOLAT, BACA QURAN, TASBIH, TAHMID dan Menyebut Nama Allah

Kaitan SOLAT, BACA QURAN, TASBIH, TAHMID dan Menyebut NAMA Allah

(Date written : 14 Apr 2015)

Pengenalan

Di dalam Al-Quran terdapat banyak kaitan yang di sebut antara Solat dan Membaca Al-Quran, dan kaitan antara waktu Solat yang telah di tentukan dan waktu kita di perintah untuk Bertasbih kepada Allah.

Persoalannya : adakah ianya adalah SATU PERBUATAN yang di perintah Allah yang merangkumi semua yang di sebut perkaitannya ?

Fahamilah, Maksud "AL-QURAN" adalah BACAAN yang BERKAIT-KAITAN di antara Satu Sama Lain - inilah yang di sebut AYAT-AYAT yang HAMPIR MENYERUPAI atau AYAT MUTASYABIHA.

Mari kita Tadabbur Firman Allah dan MEMAHAMI KAITAN ayat-ayat Al-Quran untuk MEMAHAMI dengan JELAS (MUBIN) apa yang Allah mahu kita faham.


Tujuan Solat

Ta Ha : 14

إِنَّنِىٓ أَنَا اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَاعْبُدْنِى وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ لِذِكْرِىٓ

● Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan DIRIKANLAH SOLAT UNTUK MENGINGAT AKU. ●


Kaitan Baca Quran dan Solat

Al-Muzzammil : 20

إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنٰى مِن ثُلُثَىِ الَّيْلِ وَنِصْفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةٌ مِّنَ الَّذِينَ مَعَكَ ۚ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْءَانِ ۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرْضٰى ۙ وَءَاخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِى الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِن فَضْلِ اللَّهِ ۙ وَءَاخَرُونَ يُقٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ ۚ وَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَءَاتُوا الزَّكٰوةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌۢ

● Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu BERDIRI (TAQUMU /untuk SOLAT) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu BACALAH APA YANG MUDAH DARI AL-QURAN. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, MAKA BACALAH APA YANG MUDAH BAGIMU DARI AL-QURAN dan dirikanlah SOLAT, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●

Al-Isra' : 78

أَقِمِ الصَّلٰوةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلٰى غَسَقِ الَّيْلِ وَقُرْءَانَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْءَانَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

● Dirikanlah SOLAT dari SESUDAH MATAHARI TERGELINCIR (DULUKI SYAMS) sehingga GELAP MALAM (GHASAQI-LLAIL) dan BACALAH QURAN di Waktu FAJAR. Sesungguhnya BACAAN QURAN di WAKTU FAJAR itu disaksikan. ●

Dua Ayat di atas JELAS menunjukkan bahawa PERINTAH MEMBACA AL-QURAN semasa kita Berdiri BERSOLAT.

Di waktu FAJAR adalah SOLAT FAJAR dan PERINTAH MEMBACA AL-QURAN sangat JELAS sehingga RAMAI ULAMAK MENTAKWILKAN ayat di atas kepada TERJEMAHAN berikut :

Al-Isra' : 78

أَقِمِ الصَّلٰوةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلٰى غَسَقِ الَّيْلِ وَقُرْءَانَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْءَانَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

■ Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). ■

Namun TERJEMAHAN sebegini adalah SALAH kerana tidak MENGEKALKAN makna ASAL firman Allah.

Telah JELAS kaitan SOLAT dan MEMBACA AL-QURAN di dalam SOLAT.

Perhatikan Firman Allah ini :

Al-'Ankabut : 45

اتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتٰبِ وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ ۖ إِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

● BACALAH apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah SOLAT. ●

Ayat di atas adalah PERINTAH membaca Al-Quran yang Mendahului (susunannya di dalam ayat ini) Perintah Bangun Berdiri untuk BERSOLAT.

Solat dan Khusyuk

SOLAT adalah PERINTAH.
KHUSYUK di dalam SOLAT juga adalah PERINTAH.

INILAH yang di katakan suruhan FARDHU (KHUSYUK) di dalam FARDHU (SOLAT).

Al-Mu'minun : 2

الَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خٰشِعُونَ

● (yaitu) orang-orang yang KHUSYU' (KHOSYI'IIN) dalam SOLAT mereka (SOLATIHIM). ●

Al-Baqarah : 238

حٰفِظُوا عَلَى الصَّلَوٰتِ وَالصَّلٰوةِ الْوُسْطٰى وَقُومُوا لِلَّهِ قٰنِتِينَ

● ... BERDIRILAH  untuk Allah (QUUMUU LILLAH/dalam SOLAT) dengan patuh merendah diri / khusyu' (QAANITIIN). ●

An-Nisa' : 43

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلٰوةَ وَأَنتُمْ سُكٰرٰى حَتّٰى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتّٰى تَغْتَسِلُوا ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضٰىٓ أَوْ عَلٰى سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَآئِطِ أَوْ لٰمَسْتُمُ النِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَآءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

● Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu DEKATI SOLAT (LA TAQRABU SOLAT), sedang kamu dalam keadaan "MABUK/ KHAYAL/FIKIRAN TAK KERUAN"(SUKAARAA) , sehingga kamu MENGERTI (MEMAHAMI) apa yang kamu UCAPKAN (TA'LAMU MA TAQUULUUN)... ●

Ayat di atas sebenarnya menceritakan tentang JALAN menuju KHUSYUK. Ianya bermaksud kita FAHAM apa Ayat-ayat Al-Quran yang di BACA dan Di sebutkan SEMASA kita SOLAT.

Bacalah tentang maksud Khusuk pada artikel di bawah :

https://cahayapalingbaik.blogspot.my/2017/01/khusyu.html?m=1


Perhatikan ayat LA TAQRABU SOLAT yang bermaksud JANGAN SESEKALI MENDEKATI SOLAT = maksudnya bila kita mahu SOLAT = fikiran kena kosongkan dari selain ALLAH, hanya memuji dan bertasbih kepada Allah berdasarkan bacaan Al-Quran.

Kita DI LARANG membaca AL-QURAN di dalam SOLAT TANPA FAHAM MAKNA. Kita DI LARANG membaca Al-Quran yang kita HAFAL tetapi TIDAK MENGERTI MAKSUDNYA semasa SOLAT.

Memang SALAH dan BATIL budaya orang MELAYU; juga BATIL jika ada USTAZ yang mengatakan BACA QURAN tanpa FAHAM makna itu TAK APA.

Fahamilah dengan TEPAT arahan Allah - "SEHINGGA KAMU MENGERTI APA YANG KAMU UCAPKAN (TA'LAMU MA TAQUULUUN) ".

Barulah SOLAT kita BERKESAN kerana Firman Allah yang Agung MEMANG pasti memberi KESAN.

KESAN APA ? Kesan untuk Menghindar Perbuatan KEJI dan MUNGKAR Dan Menjadi PENOLONG kepada kita.

Al-'Ankabut : 45

اتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتٰبِ وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ ۖ إِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

● Sesungguhnya SOLAT itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.. ●

Al-Baqarah : 153

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصّٰبِرِينَ

● Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan SOLAT sebagai PENOLONGmu.. ●


Kaitan Solat dan Tasbih

At-Tur : 48

وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا ۖ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ

● Dan bersabarlah dalam menunggu KETETAPAN / HUKUM- HAKAM (LIHUKMI) Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan BERTASBIHLAH DENGAN MEMUJI Tuhanmu ketika kamu BANGUN BERDIRI (HIINA TAQUUM), ●

Kita di perintah untuk BERTASBIH kepada Allah sewaktu (HIINA) kita TAQUUM = Bangun Berdiri.

Apakah yang dimaksudkan dengan Ayat Al-Quran ini ? Al-Quran bermaksud BACAAN yang BERKAIT-KAITAN.

Mari kita lihat Pula KAITAN BERDIRI dan SOLAT.

Asy-Syura : 38

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلٰوةَ وَأَمْرُهُمْ شُورٰى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنفِقُونَ

● Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan MENDIRIKAN SOLAT .... ●

WA AQAMUSSOLAAH

Ta Ha : 14

إِنَّنِىٓ أَنَا اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَاعْبُدْنِى وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ لِذِكْرِىٓ

● Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan DIRIKANLAH SOLAT UNTUK MENGINGAT AKU. ●

WA AQIMISSOLAAH.

Dua ayat di atas dan juga banyak ayat2 Al-Quran yang lain (termasuk Muzammil:20) sering mengaitkan SOLAT dengan ARAHAN AQIMU atau AQAMU yang bermaksud BANGUN BERDIRI.

Maka sesungguhnya ayat At-Tur:48 bermaksud kita di perintah BERTASBIH semasa kita BANGUN BERDIRI atau MENDIRIKAN SOLAT.

Kaitan SOLAT dan Menyebut atau MENYERU NAMA ALLAH

Al-Isra' : 110

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمٰنَ ۖ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنٰى ۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذٰلِكَ سَبِيلًا

● Katakanlah: "SERULAH (`AD'UU) Allah atau SERULAH Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam SOLATmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu". ●

Tadabburlah Firman Allah di atas betul2 sehingga kita FAHAM bahawa SERUAN kita atau DOA kita (`AD'UU) yang kita BACA dari AL-QURAN adalah SEBENARNYA menceritakan DOA dan BACAAN Al-Quran di dalam SOLAT berdasarkan ayat di atas.


Waktu-waktu TERTENTU Solat

An-Nisa' : 103

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلٰوةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيٰمًا وَقُعُودًا وَعَلٰى جُنُوبِكُمْ ۚ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ ۚ إِنَّ الصَّلٰوةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتٰبًا مَّوْقُوتًا

● .. Sesungguhnya SOLAT itu adalah fardhu yang TELAH DI TETAPKAN WAKTUNYA (KITABAN MAUQUUTA) atas orang-orang yang beriman. ●

Hud : 114

وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ طَرَفَىِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ الَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنٰتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّـَٔاتِ ۚ ذٰلِكَ ذِكْرٰى لِلذّٰكِرِينَ

● Dan dirikanlah SOLAT itu pada KEDUA TEPI/HUJUNG SIANG (T°ARAFIN NAHAR) dan pada bahagian permulaan (mendekati) MALAM (ZULAFAN MINALLAIL). ●

Al-Isra' : 78

أَقِمِ الصَّلٰوةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلٰى غَسَقِ الَّيْلِ وَقُرْءَانَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْءَانَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

● Dirikanlah SOLAT dari SESUDAH MATAHARI TERGELINCIR (DULUKI SYAMS) sehingga GELAP MALAM (GHASAQI-LLAIL) dan BACALAH QURAN di Waktu FAJAR. Sesungguhnya BACAAN QURAN di WAKTU FAJAR itu disaksikan. ●

An-Nur : 58

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِيَسْتَـْٔذِنكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمٰنُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلٰثَ مَرّٰتٍ ۚ مِّن قَبْلِ صَلٰوةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِنۢ بَعْدِ صَلٰوةِ الْعِشَآءِ ۚ ثَلٰثُ عَوْرٰتٍ لَّكُمْ ۚ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌۢ بَعْدَهُنَّ ۚ طَوّٰفُونَ عَلَيْكُم بَعْضُكُمْ عَلٰى بَعْضٍ ۚ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْءَايٰتِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

● Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: SEBELUM SOLAT FAJAR (QABLI SOLATIL FAJRI), ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di TENGAH HARI (ZOHIRIN) dan SESUDAH SOLAT ISYA' (BA'DI SOLATAL ISYA`). (Itulah) tiga aurat bagi kamu. .. ●


Waktu-waktu TERTENTU Bertasbih

Al-Ahzab : 42

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

● Dan BERTASBIHLAH kepada-Nya di waktu AWAL PAGI (BUKRATAN) dan HUJUNG/BAWAH PETANG (A°SIILA). ●

Maryam : 11

فَخَرَجَ عَلٰى قَوْمِهِۦ مِنَ الْمِحْرَابِ فَأَوْحٰىٓ إِلَيْهِمْ أَن سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا

● Maka ia keluar dari mihrab menuju kaumnya, lalu ia memberi isyarat kepada mereka; hendaklah kamu BERTASBIH di waktu AWAL PAGI (BUKRATAN) dan (pada waktu) GELAP MALAM ('ASYIYYA / 'ISYA`). ●

Ali 'Imran : 41

قَالَ رَبِّ اجْعَل لِّىٓ ءَايَةً ۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلٰثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمْزًا ۗ وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِىِّ وَالْإِبْكٰرِ

● ...Dan INGATLAH (WAZKARU) Tuhanmu sebanyak-banyaknya serta BERTASBIHLAH di waktu GELAP MALAM ('ASYIYYI) dan (pada waktu) AWAL PAGI (IBKAR)". ●

Sad : 18

إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُۥ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِىِّ وَالْإِشْرَاقِ

● Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu GELAP MALAM ('ASYIYYI) dan (waktu) `ISYRAK (SYURUK), ●

Qaf : 39

فَاصْبِرْ عَلٰى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ

● Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan BERTASBIHLAH dengan MEMUJI Tuhanmu SEBELUM TERBIT MATAHARI ( QABLA T°ULU'I SYAMSI) dan SEBELUM TERBENAM (matahari) (QABLA GHURUB). ●

At-Tur : 49

وَمِنَ الَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَإِدْبٰرَ النُّجُومِ

● dan pada SEBAHAGIAN MALAM (MINAL LAIL), BERTASBIHLAH kepada NYA dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar) (`IDBAARA NUJUUM).

Ar-Rum : 17

فَسُبْحٰنَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ

● Maka BERTASBIHLAH kepada Allah pada waktu HUJUNG PETANG (HIINA TUMSUUN) dan pada waktu SUBUH (HIINA TAS°BIHUN) ●

HIINA = pada waktu.

Ar-Rum : 18

وَلَهُ الْحَمْدُ فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ

● dan bagi-Nya-lah segala puji di langit dan di bumi dan (bertasbihlah pada waktu) GELAP MALAM hari ('ASYIYYA) dan pada waktu ZUHUR (HIINA TAZ°HIRUUN). ●

Ta Ha : 130

فَاصْبِرْ عَلٰى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا ۖ وَمِنْ ءَانَآئِ الَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضٰى

● .. dan BERTASBIHLAH dengan MEMUJI Tuhanmu, SEBELUM TERBIT MATAHARI (QABLA T°ULU'I SYAMS) dan SEBELUM TERBENAMnya (QABLA GHURUBIHA) dan BERTASBIH pulalah pada waktu-waktu (`ANAA`I) MALAM (LAIL) dan BERTASBIHLAH pada KEDUA HUJUNG SIANG (AT°RAFAN NAHAR), supaya kamu merasa senang, ●

Ayat di atas menceritakan DENGAN LEBIH LANJUT akan Waktu SOLAT seperti firman Allah pada :

Hud : 114

وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ طَرَفَىِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ الَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنٰتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّـَٔاتِ ۚ ذٰلِكَ ذِكْرٰى لِلذّٰكِرِينَ

● Dan dirikanlah SOLAT itu pada KEDUA TEPI/HUJUNG SIANG (T°ARAFIN NAHAR) dan pada bahagian permulaan (mendekati) MALAM (ZULAFAN MINALLAIL). ●

T°ARAFIN NAHAR = KEDUA HUJUNG SIANG di dalam ayat 114 surah Hud di jelaskan pada ayat  130 surah Ta Ha; yang bermaksud SEBELUM TERBIT MATAHARI dan SEBELUM TENGGELAM MATAHARI - itulah KEDUA HUJUNG/TEPI SIANG.

Manakala `ANAA`ILLAIL (waktu-waktu MALAM = umum) pada ayat 130 surah Ta Ha di jelaskan dengan ZULAFAN MINALLAIL pada ayat 114 surah Hud pula yang bermakna MENDEKATI atau PERMULAAN MALAM.

Lagi firman Allah akan waktu Bertasbih :

Al-Insan : 26

وَمِنَ الَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُۥ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا

● Dan pada SEBAHAGIAN DARI MALAM (MINALLAIL), maka SUJUDLAH kepada-Nya dan BERTASBIHLAH kepada-Nya pada bahagian MALAM yang PANJANG (LAILAN T°AWIILA). ●

T°AWIILA = Panjang.

Jelas, SANGAT TERKAIT RAPAT ANTARA waktu BERTASBIH dan BERSOLAT.

Waktu-waktu TERTENTU Menyebut Nama Allah

Al-Insan : 25

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

● Dan sebutlah NAMA TUHANmu (ISMI RABBIKA) pada (waktu) AWAL PAGI (BUKRATAN) dan HUJUNG/BAWAH PETANG (`AS°IILA). ●

A°SIILA = HUJUNG/BAWAH PETANG (BOTTOM EVENING)


Kesimpulan

1) SOLAT bermaksud perbuatan JIWA yang memuji, memuja, menyeru, membesarkan Allah pada waktu-waktu tertentu yang di dalamnya terdapat perbuatan FIZIKAL yang BERDIRI, RUKUK dan SUJUD dan pembacaan Al-Quran. Ianya adalah PERINTAH Allah.

2) BERTASBIH - iaitu MENSUCIKAN ALLAH dari segala sesuatu yang tidak setanding denganNya juga adalah suatu PERINTAH ALLAH yang juga tertentu waktunya di sebut di dalam Al-Quran dan waktu-waktu tertentu itu adalah SAMA dengan Waktu Solat.

3) BERTAHMID iaitu MEMUJI ALLAH selalu di kaitkan dengan BERTASBIH iaitu perbuatan JIWA kita yang bertasbih adalah juga MEMUJI ALLAH. Kita tidak boleh di katakan bertasbih TANPA Memuji atau Bertahmid kepada Allah. Waktu-waktu tertentu yang di sebutkan dalam Al-Quran juga sama dengan Waktu Solat.

4) Menyebut NAMA ALLAH (AZKUR ISMA RABBIKA) juga ada waktu-waktu TERTENTU yang juga SAMA dengan Waktu Solat dan juga Waktu Bertasbih.

5) MENGINGAT ALLAH (ZIKRULLAH) adalah suatu Perintah Allah dan ini adalah satu PERINTAH yang SANGAT UTAMA kepada kita untuk kita lakukan sebanyak-banyaknya. Tujuan SOLAT adalah untuk MENGINGAT ALLAH.

6) MEMBACA QURAN adalah Perintah Allah yang sangat UTAMA. PASAK atau "PIVOT point" kepada ZIKRULLAH, TASBIH, TAHMID dan SOLAT adalah MEMBACA AL-Quran. AL-QURAN lah yang mengajar TUJUAN dan METHOD atau CARA-CARAnya sekali. Membaca Ayat-ayat Al-Quran adalah intipati SOLAT, maksudnya di dalam SOLAT kita diperintahkan untuk MENYEBUT dan MEMBACA ayat-ayat Al-Quran. Cara BerTasbih dan BerTahmid di ajar di dalam Al-Quran. Nama-nama Allah di ajar di dalam Al-Quran.

Ternyata - kesimpulan yang boleh di deduksi (tanpa takwilan) adalah pada Waktu-Waktu Tertentu, berdasarkan ayat-ayat Al-Quran, iaitu :

1) Sebelum Terbit Matahari = FAJAR /
T°ULU'I SYAMS / BUKRATAN / SUBUH / `ISYRAK/SYURUK / TARAFIN NAHAR / `IDBAARAN NUJUM
2) Semasa Matahari Tegak = ZUHUR
3) Sebelum Terbenam Matahari = GHURUBI SYAMS / A°SIILA / TARAFIN NAHAR / TUMSUUN
4) Semasa Awal Gelap Malam = ISYA` / ZULAFAN MINALLAIL.
5) Sebahagian Malam yang panjang = LAILAN T°AWIILA.

; Kita di suruh BERSOLAT iaitu suatu perbuatan yang terdiri dari :

1) Berdiri (QIYAM/AQAMU)
2) Rukuk
3) Sujud
4) Khusyuk semasa Menyebut ayat-ayat Allah = Tumpu Perhatian (Kosongkan Minda dari lintasan fikiran yang lain) dan Pemahaman pada ayat-ayat Al-Quran yang di baca yang penuh dengan SEBUTAN NAMA-NAMA ALAH, BERTASBIH dan BERTAHMID kepada Nya.

=====
End

Allah Al-Wasi'un 'Aliim.

======




Ulasan

  1. Salam ya akhi....
    Saya telah cek dgn metode quran corpus yg anda bagi....pencarian kata zho ha ro (zhuhur) tiada yg menunjukkan WAKTU (waktu sholat) tp lebih pada penekanan"permukaan (darat/laut), permukaan tubuh (tulang punggung/sulbi/zhuhuurihim), permukaan yg tampak (zhohir wal bathin)...

    Selanjutnya kata (i'sya/'asyiyyi) ada beragam penafsiran, ada yg mengartikan petang/sore dan ada yg mengartikan malam...namun stlh sy selidiki makna sebenarnya adlh sore/petang bukan malam (waktu/proses jatuhnya matahari/awal matahari menyentuh horizon sampai hilang total)...'

    Mohon koreksi....salam alaik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...