Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Urusan Kerja kita mahu di permudahkan Allah

(Tarikh ditulis : 25 Apr 2017)

1) Manusia seperti kita ini memang mempunyai pelbagai urusan kerja, berniaga dan pelbagai tugas atau usaha samada di luar rumah, dalam rumah, bersama rakan sekerja atau juga sesama ahli keluarga kita. Sebagai pelajar juga kita mempunyai pelbagai subjek untuk di ulangkaji dan untuk memahami setiap yang di ajar.


Al-Lail : 4

إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتّٰى

● sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda. ●


2) Semasa melalui atau menjalankan tugas atau kerja kita, pasti pelbagai cabaran yang kita akan tempuhi. Kekadang terasa berat, kekadang terasa ringan, kekadang rasa macam dah jatuh di timpa tangga, kekadang rasa sayu, kekadang rasa letih satu badan. Kekadang rasa kecewa mendatang, kekadang bila dah berhasil kita gembira sakan. Kekadang kita marah, kekadang kita tersenyum.

Persoalannya, bolehkah Urusan Kerja atau Tugasan kita di mudahkan ?

Jawapannya Boleh.

Ianya ada Peraturan atau 'Law of Cause and Effect'.

3) Berikut adalah cara-caranya :


a) Berdoa :


Ta Ha : 25

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِى صَدْرِى

● Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku minda ku (S°ADRI), ●

Ta Ha : 26

وَيَسِّرْ لِىٓ أَمْرِى

● dan mudahkanlah untukku urusanku, ●


Al-Baqarah : 286

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلٰىنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِينَ

● Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". ●


Berdoa kepada Allah adalah tuntutan Allah kepada kita agar kita tidak SOMBONG kepada Allah, maka ianya suatu kewajipan.

Namun, apakah dengan hanya Berdoa boleh Allah permudahkan urusan kita ?

Ianya bergantung kepada samada Allah mahu mengabulkan permohonan kita :

Al-Baqarah : 186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

● Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. ●

Sesungguhnya ramai manusia tak faham akan bagaimana doa kita mahu di makbulkan. Ianya cukup mudah. Pertama, kena benar-benar jadi Hamba Allah dan bukan hamba kepada selain Allah. Keduanya kena Taat Perintah Dia dan Beriman kepada Dia.

Apakah perintah Allah yang spesifik agar urusan kerja atau tugasan kita ini dapat di mudahkan ?

Firman Allah :

Al-Lail : 5

فَأَمَّا مَنْ أَعْطٰى وَاتَّقٰى

● Adapun orang yang MEMBERIKAN dan BERTAQWA, ●

Al-Lail : 6

وَصَدَّقَ بِالْحُسْنٰى

● dan MEMBENARKAN yang terbaik (BIL HUSNA). ●


Al-Lail : 7

فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْيُسْرٰى

● maka Kami akan memudahkan baginya jalan yang MUDAH. ●

Berdasarkan firman Allah di atas :

b) Berinfaq atau Memberi Nafkah


c) Bertaqwa - satu kerja Memelihara Minda iaitu berjaga-jaga tentang Perintah Allah dan Kewujudan Allah.

d) Membenarkan Yang Terbaik
Untuk dapat kita MEMBENARKAN, kita mestilah manusia berfikir yang sudah mendapat bukti akan setiap kenyataan yang Benar.

Dan apakah maksud BIL HUSNA (yang terbaik) dalam ayat di atas ?

Kaitannya ada pada ayat ini :

An-Najm : 31

وَلِلَّهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ لِيَجْزِىَ الَّذِينَ أَسٰٓـُٔوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِىَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى

● Dan hanya kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan YANG TERBAIK (BIL HUSNA). ●

Berdasarkan ayat-ayat Allah yang lain, JANNAH lah Balasan Terbaik yang Allah anugerahkan kepada manusia yang berbuat baik.

Dan bila pegangan diri kita SUDAH MEMBENARKAN akan adanya BALASAN TERBAIK dari Allah, meskipun ada ujian dan halangan atau cabaran yang banyak, segalanya menjadi RINGAN atau MUDAH kerana kita sudah YAKIN akan HASILnya.

Allah itu Paling Bijaksana. Setiap wahyuNya adalah Kebijaksanaan yang Nyata.

Kita tak akan rasa MUDAH jika kita tidak yakin akan Ganjaran Kemudian yang akan kita terima. (Perhatikanlah Kebenaran ini di pejabat). Ianya se mudah itu untuk di fahami.

====
End.


Allah An-Nas°ir

====


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...