Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Kaitan manusia dan Binatang Ternak

(Date written : 21 Nov 2016) 1) Allah dalam firmanNya ada mengumpamakan manusia seperti binatang ternak. Mengapa dan bagaimana kah maksud manusia yang seperti binatang ternak ini ? 2) Firman Allah : Al-Furqan : 43 أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُۥ هَوٰىهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا ● Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan HAWA nafsu (diri) nya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara (WAKIL) atasnya?, ● Al-Furqan : 44 أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعٰمِ ۖ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا ● atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu MENDENGAR (YASMA'UN) atau MENG'AQALI (YA'QILUN). Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak , bahkan mereka lebih sesat jalannya. ● Perhatikan ada beberapa kata kunci yang Allah sebutkan iaitu : - HAWA diri - Tidak MENDENGAR - Tidak MENG'AQALI - Seperti AL-AN'AM (Binatang Ternak). - Sesat (D°OLLU...

Apa itu FAHISYAH?

(Date written : 17 Nov 2016) (Last update : 26 Dec 2016) 1) Fahisyah atau Perbuatan Keji atau Tidak Bermoral selalu di sebut di dalam Al-Quran. Variasi perkataannya adalah FAHSYA`, FAWAAHISYA, FAAHISYAH atau FAAHISYATAN sebagai kata nama dan sebanyak 24 kali perkataan yang berdasarkan huruf dasar FA HA SHIN ini di sebut dalam Al-Quran. Al-An'am : 151 قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ ۖ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِۦ شَيْـًٔا ۖ وَبِالْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا ۖ وَلَا تَقْتُلُوٓا أَوْلٰدَكُم مِّنْ إِمْلٰقٍ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ ۖ وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ۖ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِى حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ ذٰلِكُمْ وَصّٰىكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ● Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu iaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut ...

Apa itu Zakat ?

(Date written : 16 Nov 2016) 1) Zakat dari kata dasar ZAI KAF WAW di sebut sebanyak 59 kali di dalam Al-Quran. Variasi perkataannya termasuk ZAKAA, ZAKKAA, TAZAKKA, YUZAKKI, YUZAKKU adalah kata kerja, dan AZKAA, ZAKAT dan ZAKIYAT adalah kata nama atau ISM. 2) Semua kata kerja ZAKAA, ZAKKAA atau TAZAKKA atau YUZAKKI adalah bermaksud perbuatan yang MENYUCIKAN atau MENSUCIKAN. Al-Baqarah : 129 رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ ءَايٰتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ● Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al-Hikmah serta MENSUCIKAN (YUZAKKI) mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.● Al-Baqarah : 174 إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآ أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتٰبِ وَيَشْتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلًا ۙ أُولٰٓئِكَ مَا يَأْكُلُو...

Yang Allah paling marah

(Date written : 09 Nov 2016) 1) Ada tak sesuatu perkara yang berlaku kepada kita kerana perbuatan seseorang sehingga kita merasakan orang ni kita tak kan mahu bercakap dengan dia dah, tak mahu tengok muka dia dah dan tak mahu ada kena-mengena apa-apa dengan dia langsung ? Ada. Memang ada orang sebegini yang sesetengah orang akan jumpa di dunia ini. Bila perkara ini berlaku ianya di sebabkan orang ini telah melakukan kesalahan atau kejahatan yang amat besar yang memang tak boleh di ampun dan di maaf langsung pada perspektif kita. Banyak2 kesalahan atau kejahatan orang - apa jenis yang kita tak boleh maafkan ? SI PENIPU. Kita tak cakap, dia kata kita cakap. Dan beriya-iya kata kita cakap sedangkan kita langsung tak cakap apa pun. Dan mempengaruhi orang lain untuk mempercayainya. Memang jenis manusia macam ni Tiada Maaf bagimu. Namun Allah memang selalu suruh kita mengampunkan dan memaafkan kesalahan orang lain sebab kita sendiri juga ada yang melakukan kesilapan dan k...

Wing of Humility

Sayap Kehinaan (Date written : 07 Nov 2016) Apa itu WING of HUMILITY? Sayap Kehinaan. Ianya adalah bukan kata-kata penyedap jiwa dari mana-mana Manusia atau Pendeta atau Penyair. Sesungguhnya ianya dari Allah Tabaraka Wa Ta'ala. Zul Quwwatil Matin. Zul Jalaliwal ikram. Allah Al-'Alimul Ghaibi wa Syahadah. MAKA kita kena buat. Al-Isra' : 23 وَقَضٰى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِالْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ● Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan mengabdi kepada selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "UFF" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada merek...

Batas Kerjasama dengan Non-Muslim

(Tarikh di tulis : 04 Nov 2016) (Tarikh di kemaskini : 05 Nov 2016) 1) Bolehkah orang Muslim bekerjasama dengan Non-Muslim ? Persoalan 'kerjasama' di sini terlalu besar. Kena di spesifik kan lagi. 2) Bolehkah Muslim bekerjasama dengan Non-Muslim dalam hal perniagaan ? Dalam hal bekerjasama dalam perniagaan, tanyakan kepada diri kita sendiri - dengan siapa yang kita mahu jadikan Rakan Kongsi dalam perniagaan? Jawapannya adalah tentulah dengan orang yang kita percayai, dan sebab keduanya adalah orang yang boleh menambah nilai atau menambah peranan yang boleh menguntungkan perniagaan yang kita tidak dapat buat sorang-sorang. Dan dalam apa-apa hal pun, perniagaan yang hendak kita jalankan mestilah mengikut Syariat Allah iaitu tidak melakukan Riba, tidak menipu dan tidak merasuah orang. Jika benar tiada orang Muslim yang kita percayai, maka bekerjasama dengan Non-Muslim yang kita percayai itu di benarkan. Namun, prioritinya carilah Rakan Niaga yang sesama Deen, sesam...