Langkau ke kandungan utama

Yang Allah paling marah

(Date written : 09 Nov 2016)

1) Ada tak sesuatu perkara yang berlaku kepada kita kerana perbuatan seseorang sehingga kita merasakan orang ni kita tak kan mahu bercakap dengan dia dah, tak mahu tengok muka dia dah dan tak mahu ada kena-mengena apa-apa dengan dia langsung ?

Ada.

Memang ada orang sebegini yang sesetengah orang akan jumpa di dunia ini.

Bila perkara ini berlaku ianya di sebabkan orang ini telah melakukan kesalahan atau kejahatan yang amat besar yang memang tak boleh di ampun dan di maaf langsung pada perspektif kita.

Banyak2 kesalahan atau kejahatan orang - apa jenis yang kita tak boleh maafkan ?

SI PENIPU.

Kita tak cakap, dia kata kita cakap.

Dan beriya-iya kata kita cakap sedangkan kita langsung tak cakap apa pun. Dan mempengaruhi orang lain untuk mempercayainya.

Memang jenis manusia macam ni Tiada Maaf bagimu.

Namun Allah memang selalu suruh kita mengampunkan dan memaafkan kesalahan orang lain sebab kita sendiri juga ada yang melakukan kesilapan dan kesalahan.


2) Bagaimana pula KEJAHATAN yang di lakukan oleh manusia kepada Allah ?

Apakah ada kesalahan manusia yang menyebabkan ALLAH tidak mahu berkata-kata dengan mereka dan tak mahu Pandang mereka langsung dan terus di azab dengan hina ?

Ada.


Ali 'Imran : 77

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمٰنِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولٰٓئِكَ لَا خَلٰقَ لَهُمْ فِى الْءَاخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلَا يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

● Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian di akhirat, dan Allah TIDAK AKAN BERKATA-KATA dengan mereka dan TIDAK AKAN MELIHAT kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. ●


Ali 'Imran : 78

وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُۥنَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتٰبِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتٰبِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتٰبِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

● Sesungguhnya diantara mereka ada segolongan / sepuak yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: "Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah", PADAHAL IA BUKAN DARI SISI ALLAH. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui. ●


Berdasarkan ayat-ayat Allah diatas, apakah kejahatan tersebut yang Allah langsung tak mahu ampunkan ?

Ianya adalah kesalahan atau kejahatan PEMBOHONGAN dan mengada-adakan DUSTA terhadap Allah.

Sesuatu perkhabaran yang BUKAN dari ALLAH, orang-orang ini beriya-iya mengatakan ianya dari Allah dan berputar-putar atau berbelit-belit lidah mengatakan ianya dari Allah.

4) Apa pengajaran kepada kita ?

Periksalah dengan benar apa yang kita katakan, kita tuliskan dan kita sampaikan kepada orang lain.

Betul ke itu dari Allah ?

Kalau tak betul dari Allah - JANGAN kita Sampaikan kepada orang lain dan jangan kita KATAKAN ianya dari Allah.

Yang MUTLAK BENAR dari Allah tanpa kita ragu-ragu hanyalah Al-Quran (zaman ini), Wahyu Allah yang mulia.

Jangan esok nanti di akhirat ALLAH tak mahu CAKAP dan TAK MAHU TENGOK kita LANGSUNG!

====
End.

Allah Al-'Az°im.
===


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...