Navigate

Carian

Khamis, 14 Jun 2018

Mutmainnah di Aidil Fitri


Sayup kedengaran
Takbir beralunan
diiring hujan membasahi
terpegun menjelang dini hari

Sudahkah engkau bersedia
Wahai manusia yang konon bernama
Akan terbukakah rahsia alam
Di kala tersentap di malam yang kelam

Sungguh:- bilakah masanya lagi
Akan bersemi jiwa nurani
Bersama Dia yang hakiki

Moga hilang segala pedih peri
Bebanan di punggung mengabdi diri
Pada yang bukan empunya diri
Kekesalan yang selalu di ladeni

Rungkaikan
Lepaskan
Bebaskan
Terbanglah wahai jiwa..

Menuju dan menghadap Dia
Yang Satu tiada Tara
Tiada Bentuk Tiada Rupa
Tatkala itu kau dan aku juga sudah tiada..

(Huwallahu Ahad!)

~KAS~ - 9:19pm 14 Jun 2018
(di malam AidilFitri)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan