Navigate

Carian

Selasa, 5 Jun 2018

Salam Faham tentang AKAL

(Date written : 13 April 2018)

Mengapa SALAH jika dikatakan jangan ikut AKAL semata-mata dalam MENAFSIR AL-QURAN ?

(Statement yang selalu di katakan oleh para Ustaz).

Jawapan :


Dengan kita benar-benar mendalami bahasa Arab DEMI memahami dengan TEPAT apa yang Allah melalui RasulNya mahu SAMPAIKAN, kita akan dapat membezakan apa itu

Aamanu dan apa itu
Mukminun.

Al-Mukminun pada ayat di atas adalah Isim manakala Aamanu adalah Fi'il.

Dengan mentadaburi dan meng'aqali benar2 ayat2 Allah, kita akan dapat kefahaman yang benar, seterusnya menjadi Ilmu.

Ia bukan sekadar sebab 'nak rasa seronok', atau nak 'kelihatan lain dari orang'.

Al-Quran itulah PENYELESAI kepada banyak Perselisihan Pendapat.



Mengapa selalu saya katakan 

Meng'aqali ?

Mengapa selalu saya katakan QALBU yang Berfikir ?

Dan bukan 'Akal' yang Berfikir ?

Sekali lagi, the priority in our life, is to understand truly the Al-Quran - Wahyu Allah melalui RasulNya tanpa sedikit pun keraguan = sehingga kita dapat MELIHAT melalui KACAMATA Al-Huda ini:- mana satukah yang kita 'have gone thru before - kitab2 karangan Ulamak / pendapat-pendapat' itu pendapat atau kebenaran.

Biarlah kita menjadi Siddiqin atau Soodiqun dari menjadi Mujtahid.

Kerana di dalam Al-Quran, tiada satu pun perkataan 'Aqal itu di sebut sebagai Isim tetapi sebagi Fi'il.

Ianya kata kerja samada

Ta'qilun, Ya'qilun, Na'qilu dan sebagainya.

Meng'aqali adalah proses binding atau mengikat atau mengaitkan fakta-fakta kebenaran.

Dan SEBENARNYA kita di suruh / di wajibkan meng'aqali Al-Quran yang di dalam bahasa Arab :


It is Qalbu yang Berfikir :

(Dan definasi Berfikir adalah mencari jawapan terhadap persoalan dalam kepala / minda).

Dan jawapan yang Pasti dan Tepat adalah semestinya dari Wahyu Allah Melalui RasulNya (dan keterangan RasulNya), setelah kita benar2 mentadabburi ayat-ayat Allah :- mencari kaitan-kaitan (meng'aqali) perkataan-perkataan atau ayat-ayat Nya. Dan ayatNya ada 2 - satu adalah WahyuNya dan duanya adalah ayaatina = tanda2 atau bukti2 yang wujud di alam semesta ini sebagai dalil kepada benarnya ayat-ayat firman Dia sendiri.


It is Qalbu yang MENG'AQALI . Bila kita mengaitkan fakta-fakta, tujuannya adalah mencari jawapan, maka itulah berFIKIR.

Setelah itu baru Qalbu itu yang MEMAHAMI (yafqahun)


====
Tanpa Naqli kita sebenarnya tidak Meng'aqali dan kita juga tidak berfikir.

Tanpa Naqli dan proses Meng'aqali = iaitu Deduksi,

Semasa itulah kita mengeluarkan sendiri 'Pendapat-pendapat' atau sebenarnya Assumption. Itulah Induksi. Inilah yang sangat di larang = memandai-mandai mentakwilkan sesuatu.

Dan semasa itulah sebenarnya kita mengikuti HAWA NAFS atau HAWA Diri, Tanpa Ilmu dan mengikut sangkaan2 manusia lain.

====
Beginilah sepatutnya di sampaikan oleh para Ustaz di luar sana.

Membaca Al-Quran dalam bahasa Arab dengan bertujuan Meng'aqali - la'allakum Ta'qilun - supaya kamu meng'aqali = mengaitkan fakta2 agar mendapat ILMU.

Yang tidak meng'aqali itulah mendapat kesesatan kerana mengikut sangkaan semata-mata (6:116).

=====

End.

Moga Allah mengampuni dan merahmati diri saya dan sahabat2 sekalian.  

(Wa tawa saubil haq).











5 ulasan:

  1. Saya sepenuhnya bersetuju dgn yg disampaikan. Jantung yg berfikir, otak yang menyimpan datanya.

    Banyak kesalahkaprahan dalam terminologi ber Din.

    BalasPadam
  2. bagaimana asal muasalnya "jantung yang berfikir"?

    BalasPadam
  3. Ianya Qalbu yang berfikir, iaitu Qalbu yang meng'aqali.

    Perlu di fahami, beza antara Qalbu dan Jantung. Qalbu itu Non-Fizikal manakala Jantung itu tempat 'Interfacenya' Qalbu.

    Manakala Otak adalah benda fizikal yang menjadi tempat 'interfacenya' MINDA / S°UDUR.

    Dalam Al-Quran ada menyebutkan QALBU itu di dalam MINDA... 22:46.. Qulubul-lati Fiss°udur..

    Kajian Sains menunjukkan ada berterusan Data-data Signal yang di hantar dari Otak ke Jantung, namun Data-data Signal yang di hantar dari Jantung ke Otak adalah jauh lebih banyak.

    Sila baca -

    https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2016/02/maksud-berlapang-dada.html?m=1

    (Nak faham Tempat 'Interface Fizikal' adalah bila kita bercakap dengan seseorang di dalam Handphone.. contoh kita bercakap dengan Ali melalui Handphone..

    Kita bercakap dengan Ali.. ye memang betul.. Interfacenya berlaku di Handphone.. namun 'kita' ini tidak berada di dalam Handphone tersebut..)

    BalasPadam
  4. jantung itu adalah bekas yg maha hidup.. degupan itu zikir yg abadi...

    BalasPadam
  5. Terima kasih akhi berkenan diskusi...
    Quluub fis shudur=qulub di dalam shudur
    Shudur=otak
    Quluub di dalam otak
    Qulub adlh aparatus otak berfungsi "mengakali"... Secara neurologi dan psikiatri dpt dijelaskan lebih detail..
    Mohon koreksi ya akhi....
    Salam

    BalasPadam