(Date written : 16 Feb 2021)
Terutama ASWJ vs Wahabi
1) Kita wajib kena buang segala LABELAN dari satu puak ke puak yang lain. Mungkin puak yang lain itu lebih mulia (not me saying this).
2) Kita pergi kepada Label dari Wahyu Allah - samada seseorang itu Hanif atau Musyrik atau Munafik atau Fasiq atau Kafir.
3) Selagi ada Label yang bukan datang dari Allah, selagi itu kita berpuak-puak atau kita mengagungkan ketua puak.
4) Kita hanya perlu mengikut Mesej dari Allah yang di sampai Rasul.
5) Masalahnya banyak Induksi, Pendapat dari so-called Ulama yang menjadikan penyokong2nya selalunya lebih sudu dari kuah.
6) Keterbukaan penting dalam segala hal. Buka apa? Buka Minda? Macam mana nak bukak ? Jangan cepat TUTUP / TOLAK sesuatu info baru yang mungkin beserta bukti. Disitulah ada Ilmunya. Bila kita dah sedar tentang penemuan terbaru - percayalah PANDANGAN kita berubah.
7) Pengagugan kepada so and so so-called Ulama itu perlu dibuang. Sebab sifat agung takde pada mereka. Cium tangan apa bagai itu contoh pengagungan. Menyokong apa sahaja juga itu tandanya. Maka jadilah apa Guru buat semua betul termasuk mencabul kehormatan.
8) Kita ni - Berubahlah. Sampai bila mahu duduk di kepompong - aku IKUT Ulama Muktabar. Mana satu? Masing2 kata Ketua Puak dia lagi hebat. Itu sebab Contoh Ikutan hanya para Rasul-Rasul (bukan hanya satu Rasul) yang di sebut dalam Al-Quran.
9) Kebenaran, dari puak manapun menyebut, tetap benar - we have to be STEADY kat sini. Ada Rule dalam Menjaga HEMAH / Peribadi diri.
10) Berhujahlah kalau tak setuju - bawa bukti pada setiap kenyataan yang di keluarkan. Kalau bukti pun di tolak - maka samada orang itu Kafir / Menolak atau orang itu Bodoh. Maka kita kena bagi Salam kat orang tu.
11) Be free my brothers all. Freedom from subscription to any Puak. Kita bukan Sunni atau Syiah. Kita bukan ASWJ atau Wahabi / Salafi. We are Muslim Mukmin. Selain itu adalah label yang di beri Allah (Musyrik, Munafik, dll). Berusahalah menjadi Hanif dulu kemudian Siddiqin, Muslihin, Muttaqin, Munfiqin, Musyfiqin, Mukhbitin, Syuhada, Sobirin dan yang terpenting - Mukhlisin. Cuba kita banyakkan dalam Minda kita LABEL2 ini. Instead of label2 buatan the 'so-called'.
12) Apa itu 'so-called' - YANG KITA SANGKA.
Moga Allah menunjuki.
Ulasan
Catat Ulasan