Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Siapakah RUH

Siapakah RUH (Date written : 18 Jan 2015) (2nd Update : 24 Jan 2016) (Last Update : 12 Nov 2017) 1) RUH adalah berdasarkan 3 huruf dasar RA WAW HA. Sebanyak 57 kali variasi perkataan yang di sebut berdasarkan huruf dasar ini, termasuk RUH, RUHI, RUHIHI, RUHANA, RUHAN, RAWH, RAWHI, TURIH, RIH, RIYAH, RIHUN, RAYHAN, RIHA. RUH, RUHA, RUHAN, RUHI, RUHIHI, RUHANA bermaksud RUH, Ruh-Nya, Ruh Kami. Dalam English Ruh di sebut Spirit. Spirit jika diterjemahkan pula menjadi 'Semangat' RAWH pula di terjemahkan kepada Rahmat Allah. RAWHILLAH di sebut 2 kali yang di terjemahkan kepada Rahmat Allah. RIH, RIYAH, RIHUN, RAYHAN bermaksud Angin. RIHA bermaksud BAU. Jika mahu di simpulkan dahulu - sesuatu yang kena mengena dengan RUH, ianya ada kena mengena dengan ANGIN atau UDARA yang Bergerak. Bila kita berkata-kata (QAULA), Bunyi Suara Perkataan itu Bergerak kepada orang yang mendengar melalui UDARA. 2) RIYAH atau ANGIN dulu sebelum Air Hujan. Al-A'raf : 57 وَهُ...

Siapa Malaikat

Siapa Malaikat (Date written : 18 Jan 2015) (Last update : 30 Oct 2016) 1) Malaikat adalah sebahagian dari AMR ALLAH = PELAKSANA ARAHAN ALLAH. Iainya satu ciptaan dari AMR dan bukan dari KHALQU. An-Nahl : 1 أَتٰىٓ أَمْرُ اللَّهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ ۚ سُبْحٰنَهُۥ وَتَعٰلٰى عَمَّا يُشْرِكُونَ ● Telah pasti datangnya AMR Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. ● An-Nahl : 2 يُنَزِّلُ الْمَلٰٓئِكَةَ بِالرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِۦ عَلٰى مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦٓ أَنْ أَنذِرُوٓا أَنَّهُۥ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَاتَّقُونِ ● Dia menurunkan (YUNAZZILU) MALAIKAT dengan RUH dari AMR-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya, yaitu: "Peringatkanlah olehmu sekalian, bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka hendaklah kamu bertakwa kepada-Ku". ● 2) Malaikat juga di ANZALKAN - bermaksud Di Turunkan dari Alam Tinggi ke Alam Dunia (Terendah) atau Di S...

Siapa RAHMAT dari Allah

Siapa RAHMAT dari Allah (Date written : 15 Jan 2015) Dan bukan APA itu RAHMAT ALLAH. Apakah RAHMAT itu sesuatu (MA) atau sesiapa (MAN). ? Beza MA = apa2 ciptaan Allah yang mati. (Batu, Bumi,  Matahari,  dll) Manakala MAN = apa2 ciptaan Allah yang hidup. (MANUSIA,  JIN, Malaikat, dll) Fahamilah di Dalam DIRI kita yang ada 3 Unsur iaitu Jasad, Nafs dan Ruh - ada yang Mati dan ada yang Hidup. Jasad tanpa RUH itu MATI. Perhatikan Firman Allah ini : Ar-Rum : 19 يُخْرِجُ الْحَىَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَىِّ وَيُحْىِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ وَكَذٰلِكَ تُخْرَجُونَ ● Dia mengeluarkan yang HIDUP dari yang MATI dan mengeluarkan yang MATI dari yang HIDUP dan menghidupkan bumi sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur). ● ------ Untuk memahami SIAPA RAHMAT ALLAH, mari kita lihat ayat2 Allah yang berkaitan. Firman Allah : Al-Kahf : 65 فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَآ ءَاتَيْنٰهُ رَحْمَ...

Apa ada Dalam Diri

Apa ada Dalam Diri (Date written : 12 Jan 2015) (Second Update : 17 Jan 2015) (Last Update : 25 Jun 2017) Fokuskan ke dalam diri kita. Apa yang kita sedang buat ? Aku sedang membaca. Aku sedang melihat. Aku sedang mendengar. Aku sedang merasa kecewa, gembira, bengang, tenang, bersemangat, teruja, bosan atau 'biasa-biasa' saje. Kekadang kita mengelamun. Teringat kisah lama, kisah suka duka masa silam. Memori dalam Minda kita mula di keluarkan satu-satu - dan ianya memberi kesan kepada RASA dalam diri kita - sama jugak - syok, gembira,  bengang,  dan lain2. Kekadang kita RISAU tentang esok atau minggu depan atau tahun depan atau beberapa tahun di hadapan kita. Kekadang kita BERANGAN-ANGAN - 1 tahun lagi - aku akan beli kereta tu, 5 tahun lagi akan duduk rumah besar sikit, 3 tahun lagi akan kahwin dan bermacam Angan2 dan ini juga mengelamun. Sesekejap kita rasa - oh - nak gi jumpa member borak jap, nak gi tengok bola, nak main golf,  nak gi keluar de...

Siapa SEBENARNYA JIBRIL?

Siapa sebenarnya JIBRIL ? (Date written : 10 Jan 2015) (Last Update : 17 Jan 2016) 1) Kita telah diberi faham sejak kecil bahawa JIBRIL adalah MALAIKAT Penyampai Wahyu dari Allah kepada Rasul jenis manusia. 2) Benarkah JIBRIL itu MALAIKAT ? Jika benar, perhatikan firman Allah ini : Al-Baqarah : 98 مَن كَانَ عَدُوًّا لِّلَّهِ وَمَلٰٓئِكَتِهِۦ وَرُسُلِهِۦ وَجِبْرِيلَ وَمِيكٰىلَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِّلْكٰفِرِينَ ● Barang siapa yang menjadi musuh Allah, dan MALAIKAT-MALAIKAT-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan (WA) JIBRIL dan (WA) MIKAIL, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir. ● Di dalam ayat di atas, jika WA dalam bahasa Arab di maksud kan sebagai DAN; maka Kelihatan JIBRIL dan MIKAIL di bezakan dan bukan dari JENIS MALAIKAT. Namun perkataan 'WA' dalam Bahasa Arab tidak semestinya BERMAKSUD 'DAN'. Dalam banyak penggunaan 'WA' di dalam sesuatu ayat kadang-kadang ianya bermaksud 'KHAS NYA' atau 'KHUSUS NYA'. 3) Sat...