Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Mengapa masih tidak Takut kepada Allah

(Date written : 25 Nov 2018) Sebelum di katakan Beriman kepada Allah dengan sebenarnya (MUKMINUUNA HAQQA), seseorang manusia itu mestilah TAKUT (KHASYIYA) kepada Allah. Ianya bukan boleh di buat-buat namun terasa pada QALBU yang BERGEMENTAR (WAJILAT QULUBUHUM). Seperti pekerja yang takut kepada Bos di tempat kerja, bila di panggil Bos, terasa bergementar qalbu - berdegupan jantung. Manusia yang beriman, sifatnya adalah bila Allah itu di sebut, bergementar qalbunya : Al-Anfal 8 : 2 إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمٰنًا وَعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ● Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah GEMENTARLAH QALBU mereka (WAJILAT QULUBUHUM) , dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ● Berapa ramai manusia yang sebegini ? Kita sendirilah tahu akan jawapannya samada qalbu ki...

3 Golongan - Sabiqun, Muqtasidun dan Yang Menzalimi diri sendiri

(Date written : 23 Nov 2018) Manusia sebenarnya hanya terbahagi kepada 3 Golongan sahaja, samada di dunia atau di akhirat : 1) Sabiqun - Golongan Yang Terdahulu atau Terkehadapan 2) Muqtas°idun -  Golongan kanan 3) Yang Menzalimi diri sendiri - Golongan kiri Firman Allah di bawah ini mengkelaskan golongan di dunia. Fatir 35 : 32 ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتٰبَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِۦ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌۢ بِالْخَيْرٰتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ ● Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada YANG MENZALIMI DIRI mereka sendiri dan di antara mereka ada yang MUQTAS°IDUN dan diantara mereka ada yang TERLEBIH DAHULU (SABIQUN) berbuat kebaikan (KHAIRAT) dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. ● Manakala firman Allah di bawah ini pula mengkelaskan golongan di akhirat : Al-Waqi'a...

Apa yang kita kena segerakan ?

(Date written : 22 Nov 2018) Atau apa yang kita kena berlumba ? Jawapannya adalah Mendapat Keampunan (MAGHFIRAH) Allah. Kena di segerakan. Kena berlumba-lumba. Firman Allah : Ali 'Imran 3 : 133 وَسَارِعُوٓا إِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ● Dan BERSEGERALAH (SAARI'UU) kamu kepada AMPUNAN (MAGHFIRAH) dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, ● Al-Hadid 57 : 21 سَابِقُوٓا إِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِۦ ۚ ذٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَآءُ ۚ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ ● BERLUMBA-LUMBALAH (SAABIQUU) kamu kepada (mendapatkan) AMPUNAN (MAGHFIRAH) dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah kurn...

Pakaian

(Date written : 20 Nov 2018) Ayat-ayat Allah banyak menyebut tentang pakaian. Mari kita selami apa maksud Pakaian yang mahu di sampaikan oleh Allah kepada kita. Kata akarnya adalah  لبس. Sebanyak 23 kali perkataan dari kata akar ini di gunakan dalam Al-Quran. Firman Allah : Al-A'raf 7 : 26 يٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوٰرِى سَوْءٰتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوٰى ذٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذٰلِكَ مِنْ ءَايٰتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ ● Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu PAKAIAN (LIBASA) untuk menutupi malumu dan untuk perhiasan. Dan PAKAIAN (LIBASU) TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. ● Dari ayat di atas, sememangnya Pakaian yang kita pakai memang bertujuan untuk menutupi apa-apa yang memalukan kita jika di pandang orang ramai. Keduanya, tujuan orang memakai pakaian adalah untuk perhiasan diri. Namun, apabila A...

Siapa dia Wali Allah

(Date written : 19 Nov 2018) Kita sering di ceritakan tentang karamah Wali Allah, tentang 'special'nya Wali Allah, tentang kadang-kadang yang si Wali Allah pun tak kenal yang dia sudah pun menjadi Wali Allah. Dasar dalam menentukan sesuatu Takrifan yang tepat, dan yang di persetujui Jumhur Ulamak adalah Tafsir Quran bil Quran sebelum pergi ke Tafsir 'method' yang lain (contoh Tafsir Quran bil Hadith). Mari kita membuat suatu penemuan, secara deduksi, iaitu melakukan Tafsir Quran bil Quran, atau mentafsirkan Al-Quran itu dengan Al-Quran itu sendiri, dengan memahami bahawa Al-Quran itu adalah Fussilat atau memang sudah ada pen'detail'an atau perincian nya. Firman Allah : Yunus 10 : 62 أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ● Ingatlah, sesungguhnya WALI-WALI (AULIYAA`) Allah itu, tidak ada KEKHUATIRAN (KHAUF) terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. ● AULIYAA` adalah jamak kepada WALIY (ولي) W...

Musyfiqin

(Date written : 19 Nov 2018) Musyfiqin. Apa itu Musyfiqin ? Kata akarnya adalah SYA FA QA yang bermaksud BERHATI-HATI, BERWASPADA atau 'Cautios' dan ianya kerana TAKUT atau KHUATIR akan azab kerana melanggar batasan perintah atau larangan Allah. Firman Allah : Al-Mu'minun 23 : 57 إِنَّ الَّذِينَ هُم مِّنْ خَشْيَةِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ ● Sesungguhnya orang-orang yang (kerana) TAKUT (خشية) kepada Tuhan mereka, mereka sangat BERHATI-HATI / 'Cautios' (MUSYFIQUN - مشفقون). ● Al-Anbiya 21 : 49 الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ وَهُم مِّنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ ● (iaitu) orang-orang yang TAKUT (YAKHSYAUNA) akan (azab) Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka merasa KHUATIR / WASPADA (MUSYFIQUN) akan (tibanya) hari kiamat. ● Musyfiqiin adalah orang-orang yang sangat berhati-hati kerana Takut kepada Allah. Tanda kita TAKUT (KHOSYIYYA خشي) kepada Allah adalah BERGEMENTAR QALBU (WAJILAT QULUBUHUM). Al-Mu'minun 23 : 60 ...

Rasul Nabi Muhammad bukan buta huruf

(Date written : 5 Nov 2018) Pengenalan Terlalu banyak sebelum ini kita sering di beri faham bahawa Rasul Nabi Muhammad  kita ini adalah seorang buta huruf iaitu tidak reti nak membaca dan menulis. Persoalannya adakah kenyataan yang di keluarkan itu benar yang di bantu dengan bukti-bukti atau hanya sebuah sangkaan semata-mata ? Siapakah yang mengatakan Nabi kita ini seorang buta huruf ? Mari kita masuk dalam Yang mengatakan Nabi kita ini adalah Buta Huruf adalah dari kalangan para so-called Ulamak sendiri dan mereka bersandarkan kepada firman Allah yang menyatakan bahawa Rasul Nabi Muhammad adalah seorang Ummi. Firman Allah : Al-A'raf 7 : 157 الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِىَّ الْأُمِّىَّ الَّذِى يَجِدُونَهُۥ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِى التَّوْرٰىةِ وَالْإِنجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهٰىهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبٰٓئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلٰلَ الَّتِى كَانَتْ عَلَيْهِمْ ۚ فَا...

Barzakh

(Date written : 21 Oct 2018) Barzakh ( برزخ) Pemisah. 'Barrier' Apa yang di pisahkan : 1) Kesemua berlainan Air Lautan : a) Laut Mediterranean dengan Lautan Atlantic. b) Laut Mediterranean dengan Laut Aegean. c) Lautan Artik dengan Lautan Pacific d) Lautan Atlantic dengan Lautan Pacific e) Lautan Indian dengan Pacific f) Kesemua air lautan seterusnya Air Lautan tersebut tidak pernah bercampur, mereka tetap terpisah dengan perbezaan ketara sifat air masing2. (55:20) 2) Kesemua Air Laut dengan Air Sungai. (25:53) 3) Orang yang sudah mati dengan hari kiamat. (23:100) 4) Orang yang akan masuk neraka dengan Orang yang akan masuk Syurga. (25:22) Hijran Mahjura. A Forbiden Partition. Barzakh = Barrier; A Forbidden Partition. Saddan = Dinding Penghalang / Pemisah. === End. Allah Ar-Raqeeb

Sebelum Jadi Soleh

(Date written : 20 Oct 2018) Soleh itu perbaiki, 'correction' atau juga penambah-baikan juga 'Improvization'. Ianya juga bermaksud Perbaiki diri atau 'Self-Correction'. Atau juga 'Continuous Improvization'. Artikel di bawah adalah 'intro' nya ; https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/02/soleh-itu-improve.html?m=1 Namun, adakah cara yang Allah tunjukkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan darjat S°OOLIHIIN ini ? Ada. Perhatikan Firman Allah ini : Al-Ahzab 33 : 70 يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا ● Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah PERKATAAN yang BETUL (QAULAN SADIIDA). ● Al-Ahzab 33 : 71 يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمٰلَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا ● NESCAYA Allah MEMPERBAIKI (YUS°LIH) bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati All...