Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Buah ke Bidadari

 (Date written : 26 Oct 2020) (Last update : 29 Oct 2020) Intro Apa sahaja nikmat yang akan kita dapat semasa dalam Jannah sudah pun di gambarkan dalam Al-Quran - kitab wahyu yang tidak ada keraguan di dalamnya. Namun, seperti biasa, apabila kita menghalusi akan maksud bahasa Arab yang digunakan dalam Al-Quran secara tartil dan tadabbur, akan kita jumpai betapa tersasarnya terjemahan yang di berikan kepada perkataan Arab tersebut, yang sepatutnya tiada bengkak-bengkok. Fihima kemudian Fihinna Mari kita masuk dalam dan perhatikan apa yang saya mahu perkatakan. Firman Allah : Ar-Rahman 55 : 46 وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ ● Dan bagi orang yang khuatir akan saat menghadap Tuhannya ada dua Jannah. ● Ar-Rahman 55 : 48 ذَوَاتَآ أَفْنَانٍ ● kedua Jannah itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. ● Ar-Rahman 55 : 50 فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ ● Di dalam kedua Jannah itu ada dua buah mata air yang mengalir ● Ar-Rahman 55 : 52 فِيهِمَا مِن كُلِّ فٰكِهَةٍ زَوْجَانِ ● Di d...

Maksud 'Arab vs A'rab

 (Date written : 25 Oct 2020) Apakah maksud perkataan عرب yang digunakan dalam Al-Quran ? Adakah ianya hanya bermaksud sesuatu Bangsa atau sesuatu Bahasa sahaja ? Apakah tidak ada maksud selain dari kedua tersebut? Apa pula maksud A'rab atau أعراب ? Adakah ianya bermaksud Orang Arab Badawi atau Arab  Kampung ? Jawapannya tidak, sepertimana dalam kebanyakan terjemahan Al-Quran. Mari kita masuk dalam. Kata akar ع ر ب  di sebut di dalam Al-Quran sebanyak 22 kali. 12 kali di sebut sebagai 'Arabiyan atau 'Arabiyun atau 'Arabiyin dan sebanyak 10 kali disebut sebagai Al-A'rab الأعراب . Firman Allah : Yusuf 12 : 2 إِنَّآ أَنزَلْنٰهُ قُرْءٰنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ● Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Quran dengan ( / dalam / bersifat) Arab, agar kamu meng'aqalinya. ● nya yang di maksudkan adalah Al-Kitab, berdasarkan ayat sebelumnya : Yusuf 12 : 1 الٓر ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْكِتٰبِ الْمُبِينِ ● Alif, laam, raa. Ini adalah ayat-ayat Al-Kitab yang jelas.● ...

Sabar

 (Date written : 7 Oct 2020) Kerap kali bila di timpa sesuatu musibah, akan ada kawan-kawan, sedara mara berjumpa dan mengatakan atau menasihati.. Sabarlah. Sabar tu kan separuh dari iman. Kadang2 - asyik yang itu-itu juga di perkatakan. Sometimes - a common advice to common people - it goes down the drain. Bosan. Atau pun.. Mana boleh sabar. Takde siapa boleh sabar dalam hal ni. Siapa pun yang kena macam masalah aku ni, mesti dia naik angjn, atau buat begini begitu. === Sabar. Apa itu sebenarnya Sabar? Kat mana yang kita kena APPLY Sabar or Patience dalam English. Apakah ada sesuatu yang di panggil Sabar dalam kebodohan? Ada. Contohnya bersabar menunggu buah yang tak turun-turun, ie. kena tipu dengan skim cepat kaya - invest sekian2 lepas tu dapat gandakan duit juta-juta. Inilah definisi Sabar dalam Kejahilan. Orang jahil, atau orang bodoh atau orang kurang ilmu - Sabar pun tak guna. Adakah sesuatu yang di panggil Sabar yang tiada gunanya? Ada. Masa dah terperangkap. Firman Allah:...

Bersyukur ÷ Appreciate

 (Date Written : 8 Sep 2020) Bersyukur itu APPRECIATE. Menghargai apa yang kita dapat. Menghargai pemberian 'orang'. Menghargai apa yang kita ada / sudah ada. Appreciate the people around us, our wife (or wives), sons, daughters, friends, teachers, boss at work, our subordinates, our colleagues, the car n house that we have, the food that we eat, the water that we drink, the clothes that we wear, Most importantly To Appreciate ; The ABILITY Untuk MERASA (FUAD), MELIHAT (BASAR) dan MENDENGAR (SAMA') Inilah yang PALING kita kena APPRECIATE dari Allah Al-Ahad. Tanpa 3 pemberian tersebut Segala NIKMAT kita tak akan dapat RASA. == Kita sedar yang kita ini MERASA 'hidup' pun adalah satu pemberian / anugerah dari AL-AHAD Apatah lagi MERASA 'kaya', merasa 'handsome', merasa 'itu ini kita yang punya'.. === We are tested TERUTAMANYA tentang apa yang kita RASA. === Sebab NIKMAT itu adalah suatu RASA - ianya adalah suatu perasaan. Ada orang kita nampak d...

Doa dan Seru

 === Doa dan Seru Kadang2 atau selalunya Takrifan dalam minda / kepala kita ni lain bab doa Kita ber'doa' tapi kita tidak menyeru Allah. Seolah-olah Allah itu jauh. Seolah-olah kita menyampaikan pesan. === Cuba kita Pahamkan bahawa berdoa itu sebenarnya adalah kita ini menyeru Allah iaitu memanggil Allah yang sememangnya DEKAT, memohon sesuatu dari Dia yang tidak kelihatan tapi Ada Mutlak dan merasakan Adanya DIA dengan sebenarnya.. Cuba buat dengan Khusyuk (barren - merasa diri takde apa-apa - dan memang kita takde 'mempunya' apa2 pun - semua ini (alam semesta dan segala isi termasuk kita) - Dia yang punya) ..rasakan samada qalbu kita berGementar atau tidak. Jika benar kita mengenali Dia - ===

Basis Keredhaan Allah

Basis keredhaan Allah: ■ Berjihad di jalan Allah. Apa maksud? Speaking the truth, delivering the truth, berhujah dengan kebenaran, menggesakan kebenaran, sehingga mati mempertahankan atau menegakkan kebenaran (60:1, 29:69, 4:114, 2:207). ■ Berinfaq kepada orang miskin, anak yatim dan yang memerlukan, berzakat (76:8-9, 92:18-20, 30:38-39) ■ Berhijrah kerana tertekan di bumi sendiri, meninggalkan harta benda yang di sayangi, menolong Allah dan Rasul (Sabilillah) (59:8) ■ Rukuk dan Sujud kepada Allah (48:29) ■ Menyeru Allah pagi dan senja hari (6:52, 18:28) ■ Sabar terhadap Ujian / Masalah (13:22) ■ Mendirikan masjid kerana Taqwa (9:109) ■ Rapat dengan Petunjuk / Kitabullah (5:16) ■ Mengunjungi BaitulHaram  (5:2)

Hidup dan Masalah

Hidup dan Masalah (Date written: 4 Jul 2020) Pernah bayangkan hidup kita ini tanpa masalah? Apa akan jadi? 1) Tak akan ada penambahbaikan 2) Tak akan ada kebijaksanaan 3) Tak akan ada perbandingan kebaikan antara seorang dengan orang yang lain 4) Tak akan dapat nak takrif atau DEFINE baik vs buruk 5) Tak akan ada SENSE OF ACHIEVEMENT atau rasa pencapaian 6) Tak akan ada rasa nak MENOLONG orang lain 7) Tak akan ada rasa nak MENZALIMI orang lain atau menzalimi diri sendiri 8) Tak akan ada MARAH-MARAH 9) Tak akan ada RASA KECEWA atau DUKACITA 10) Tak akan ada rasa MENGHARAP 11) Tak akan ada rasa KHUATIR 12) Tak akan ada KELUHAN 13) Tak akan perlu kepada PENGORBANAN 14) Tak akan ada DENGKI-MENDENGKI 15) Tak akan ada SOMBONG-MENYOMBONG 16) Tak akan ada orang nak Tunjuk LAGAK ==== Pendek kata Tak perlu buat apa-apa LANGSUNG! Sebab MASALAH tak ada. === Masalah itu adalah sebenarnya UJIAN kepada kita. Bila kata UJIAN, maknanya kita ni sedang di ...

3 Tujuan

3 Tujuan Hidup ini punya tiga tujuan Cuma jalanan pilihan kita berbeza Pertamanya adalah agar kita memenuhi janji Yang kita patrikan di alam tidak berjasad 'Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?' 'Bahkan: Telah kusaksikan bahawa hanya Engkaulah Tuhanku' Kerana itu 'Wa ma khalaqtul jinna wal ins' 'Illa liya'budun' Agar janji, pengakuan dan kesaksian ini, di pertanggungjawabkan Dibuktikan dengan Kepatuhan pada Dia Keduanya kita ini sentiasa dalam ujian peperiksaan Dan Yang memberi markah sudah tahu jawapannya Siapakah antara kita yang terbaik pekerjaannya Mengesah Janji setelah Amanat di beri Setelah berjasad dan ber-Roh kita lupa Diri persepsi yang punya pendengaran, penglihatan dan kesedaran (3 alat) Di alam Minda Kita belajar mengenal alam semesta Menempuhi proses hidup dan pengajarannya Menebalkan 'Izzah diri Kadang kita rasa kita wajar mendapat itu dan ini Kadang kita rasa kita yang empunya segala Kadang kita rasa 'An...

Puisi Aidil Fitri

Kita manusia di alam yang ada tepian Selagi jasad masih bernafas Selagi Roh dan Jiwa berada dalam diri Selagi itu kita di uji Dan sering melakukan Salah dan Silap Kadang suara Tertinggi atau ditinggikan Kadang Alpa dan Syaitan menguasai fikiran Kadang menaip sesuka perasaan Maka kita bertindak di luar kawalan.. Seolah kita ini paling suci, paling benar Sedang kita mengenal akan kelemahan diri sebenar diri Yang masih sangat memerlukan pimpinan Ilahi Maghfirah dari Ilahi Kemaafan dari Ilahi Dan kemaafan sesama Insan.. Fitrah kita manusia sering mahukan Kebahagiaan :- bersama Kasih Sayang sesama insan Sebelum keluarnya Roh dan Jiwa dari Jasad Ku mohon Ampun dan Maaf dari kata-kata yang menyakitkan, dan.. Tulisan yang menjengkelkan. Salam Di Aidil Fitri Pada semua Muslim Mukmin, Agar kita semua menjadi Mukhlisina Lahuddeen, Walau Karihal Kafirun. KAS 4 Jun 2019, 8.04pm (Modified on 23 May 2020, 10.31pm)

Beza Ampun dan Maaf

Atau غفر vs عفو (Date written : 9 Mar 2020) Tahu ke kita apa beza antara Ampun dan Maaf? Maaf Zahir Batin..tiap tahun kita lafazkan antara sesama Islam. Namun benarkah kita sudah memaafkan ? Mari kita perhatikan Firman Allah dan kita meng'aqali (menambatkan fakta2) agar bertambah pengetahuan atau Ilmu kita. Asy-Syura 42 : 37 وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبٰٓئِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوٰحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ ● Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf / ampun (يغفرون). ● Akar Perkataan غفر di gunakan yang bermaksud: Forgive -  berhenti marah / stop being angry. Firman Allah lagi : Asy-Syura 42 : 34 أَوْ يُوبِقْهُنَّ بِمَا كَسَبُوا وَيَعْفُ عَن كَثِيرٍ ● atau kapal-kapal itu dibinasakan-Nya karena perbuatan mereka atau Dia memberi maaf sebagian besar (dari mereka). ● Akar perkataan عفو di gunakan. Pardon -  عفو - memaafkan, melupakan, ignore, era...

Kertas dan bila Al-Quran di tulis

Kertas dan Bila Al-Quran itu di tulis (Date Written : 9 Feb 2020) Sejak bila Kertas itu di ciptakan di dunia? Apakah benar semasa zaman Nabi Muhammad (Sollu 'Alaihi) itu hidup, tatkala Wahyu di turunkan, Rasul menyuruh para sahabat untuk menulisnya di pelapah tamar dan kulit kambing? Benar atau tidak perkara yang di ajarkan kepada kita turun temurun ini ? Bagaimana kita nak mengesahkan ? Mari kita lihat firman Allah : Al-An'am 6 : 7 وَلَوْ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ كِتٰبًا فِى قِرْطَاسٍ فَلَمَسُوهُ بِأَيْدِيهِمْ لَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوٓا إِنْ هٰذَآ إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ ● Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan di atas KERTAS (قرطاس), lalu mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". ● Al-An'am 6 : 91 وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِۦٓ إِذْ قَالُوا مَآ أَنزَلَ اللَّهُ عَلٰى بَشَرٍ مِّن شَىْءٍ ۗ قُلْ مَنْ أَنزَلَ الْكِتٰبَ الَّذِى جَآءَ بِهِۦ مُ...

Akbar (Lebih Besar)

Akbar (Lebih Besar) Date written : 15 Jan 2020 22 kali perkataan Akbar di gunakan dalam Al-Quran. Di sinilah pentingnya MENG'AQALI atau MENGAITKAN ayat-ayat Allah yang Mutasyabiha, atau yang Serupa, dan Berulang, agar kita dapat FAHAM akan apa maksud yang di BELAKANG (TADABBUR). Ada sesuatu yang penting yang mahu Allah sampaikan kepada kita manusia, melalui WahyuNya. Sesuatu yang berkaitan PRIORITI atau KEUTAMAAN atau APA yang nak kita FOKUSKAN dalam hidup atau sesuatu yang berkenaan TUJUAN. Firman Allah : At-Taubah 9 : 72 وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنٰتِ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَا وَمَسٰكِنَ طَيِّبَةً فِى جَنّٰتِ عَدْنٍ ۚ وَرِضْوٰنٌ مِّنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ● Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, Jannah yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga 'Adn. Dan Redha dari Allah ...