Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Tentera Bergajah atau Kaum Lut

 (Date written : 18 Jul 2021) Intro Sejak dari kecil kita diberi faham ada suatu ketika di zaman dahulu, ada tentera bergajah datang menyerang kota Mekah namun tak berjaya dan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah itu dihancurkan oleh batu yang membakar yang dibawa oleh Burung Ababil yang mengambil batu dari Neraka. Persoalannya? Mana datang cerita ni. Ianya suatu cerita Israeliyat dan dioleh oleh para so-called 'Mufassir' dan lekat dalam kepala manusia yang mengikut-ikut tanpa ilmu pengetahuan sampai sekarang. Mari kita masuk dalam. Al-Quran ditafsirkan dengan Al-Quran itu sendiri melalui proses meng'aqali iaitu mengaitkan fakta-fakta. Firman Allah: Al-Fil 105 : 1 أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحٰبِ الْفِيلِ ● Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap AS°HAABIL FIIL? ● Al-Fil 105 : 2 أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ ● Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia? ● Al-Fil 105 : 3 وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَ...

Mari kita menghafal sambil memaham Al-Quran di pagi dan petang hari

 (Date written : 30 May 2021) Kita di zaman Covid 19. Carilah fakta kebenaran akan mana satu berita benar dan mana palsu tikamana setiap orang bisa jadi wartawan memforwardkan pelbagai info. Yang paling baik adalah kita sendiri buat kajian - bacalah buku selain info yang terdapat di media sosial. Sebab? Nak membuat buku memerlukan masa kadang-kadang bertahun untuk mengumpul fakta dan sumber rujukan. Manakala nak membuat satu statement di media sosial - tidak memerlukan masa yang begitu lama dan sumber rujukan juga agak terhad. Dan setiap yang membaca pula ada tanggungjawab untuk mengesahkannya sendiri. Seperti biasa, akan terdapat golongan majoriti dan golongan minoriti, termasuk dari kalangan Doktor yang bertauliah. Ada yang percaya Covid 19 ini sesuatu yang menakutkan maka kena ambil langkah yang sangat berhati-hati dan hidup diselubungi kerisauan. Maka solusi hanya satu - Lockdown, patuh SOP. Ada yang percaya Covid 19 ini suatu konspirasi buatan 'the hand behind' dan mereka ...

Kesimpulan Di mana Allah (2)

 (Date written : 30 May 2021) Persoalan di mana Allah sejak dari dulu menjadi perdebatan hangat di kalangan puak A vs puak B. Dalam artikel yang lain, sudah banyak saya huraikan seperti di sini : https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2015/11/keterangan-wujud-allah-di-mana-dari.html https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/02/arasy-dan-wujud-allah-di-mana-1.html https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/02/arasy-dan-wujud-allah-di-mana-2.html https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2015/11/kesimpulan-wujud-allah-di-mana.html Namun, di dalam artikel ini, saya ingin membawa pembaca pada beberepa Ayat Al-Quran yang merangkumkan kesemua jawapan, agar mudah kepada sesiapa untuk memahami dan memberitahu kepada siapa pun yang lain tentang persoalan ini. Firman Allah : Al-Baqarah 2 : 186 وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ● Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu...

Mengapa kita direndahkan

 (Date Written : 29 May 2021) Ada 2 persoalan yang hendak di jawab di dalam artikel ini. Pertama adalah kalamana kita kena merendahkan diri dan mengapa. Kedua adalah kadang-kadang dalam kita manjalani ujian kehidupan, kerana kealpaan dan sombong diri, kerana suatu musibah, kita merasa jatuh ke bawah sejatuh-jatuhnya, atau merasa rendah diri betul di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Firman Allah: Al-A'raf 7 : 55 ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ● Berdoalah / Serulah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan dalam bersendiri. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. ● ضرع bermaksud rendah diri, hina dina. Kita di arah oleh Allah untuk merasa hina dina / rendah diri semasa menyeru Allah dan dalam keadaan yang bersendiri (private). Al-A'raf 7: 205 وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْءَاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغٰفِلِينَ ● Dan sebutlah T...

Kehilangan

  Kehilangan Di Subuh yang bening Telefon itu berdering-dering Bagai halilintar menusuk bumi Mendengar ibuku sudah tiada lagi Kemanakan ku bawa hati ini Teman baik sudahkan pergi Kesepian rasa bersendiri Terkenang dirinya di Alam Memori Pepohon hijau menggamit kenangan Danau Semenyih menyepi rasa Ku lihat langit dan bumi bertautan Di horizon tak bertepian bertemu mesra Hilanglah sudah tempat bicara Berehat minda Berceritera apa sahaja Yang pahit dan gembira semua ada Di sulam tawa di sini sana Apakah akan ada pengganti Si Dermawan lagi Si Bersih hati Tegas dan bijak meneladani Menggamit kasih sayang alami Sengsara dunia ibu lalui Tanpa keluhan tanpa memaki Pantang mendengar insan derita Pasti dihulur sumbangan pelbagai rupa Pergimu ke Alam Barzakh Menanti Kebangkitan di Alam penuh resah Ku mohon Ampunan dan Kasih sayang Allah Buat ibu yang puas sudah Wahai Allah Tuhan yang Pemurah Bersujud aku memohon Maghfirah Tiada Tuhan selain Engkau mahu ku serah Jiwa dan Raga seluruh ku sembah...

Sesuatu tentang LABEL

 (Date written : 16 Feb 2021) Terutama ASWJ vs Wahabi 1) Kita wajib kena buang segala LABELAN dari satu puak ke puak yang lain. Mungkin puak yang lain itu lebih mulia (not me saying this). 2) Kita pergi kepada Label dari Wahyu Allah - samada seseorang itu Hanif atau Musyrik atau Munafik atau Fasiq atau Kafir. 3) Selagi ada Label yang bukan datang dari Allah, selagi itu kita berpuak-puak atau kita mengagungkan ketua puak. 4) Kita hanya perlu mengikut Mesej dari Allah yang di sampai Rasul. 5) Masalahnya banyak Induksi, Pendapat dari so-called Ulama yang menjadikan penyokong2nya selalunya lebih sudu dari kuah. 6) Keterbukaan penting dalam segala hal. Buka apa? Buka Minda? Macam mana nak bukak ? Jangan cepat TUTUP / TOLAK sesuatu info baru yang mungkin beserta bukti. Disitulah ada Ilmunya. Bila kita dah sedar tentang penemuan terbaru - percayalah PANDANGAN kita berubah. 7) Pengagugan kepada so and so so-called Ulama itu perlu dibuang. Sebab sifat agung takde pada mereka. Cium tangan ap...

Beza Rezeki dan Mut'ah

 (Date written : 14 Feb 2021) Kata akar pada Rezeki adalah  رزق Kata akar pada Mut'ah atau Mutaah adalah  متع Maksud asal Rizq atau Rezeki adalah mata pencarian, keperluan, persediaan (provision), kelengkapan untuk hidup. Maksud asal Mata'e adalah Kesenangan, Keseronokan (Enjoyment) juga keperluan dan kelengkapan hidup. Rezeki ----------- Rezeki kita semua makhluk ciptaan Allah ini di disediakan oleh Allah Ar-Razzaq itu sendiri.  Yunus 10: 31 قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ أَمَّن يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَمَن يُخْرِجُ الْحَىَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَىِّ وَمَن يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۚ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ ۚ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ ● Katakanlah: "Siapakah yang memberi REZEKI kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Ma...

Memberi Pinjaman

 (Date written : 10 Feb 2021) قرض Loan ? Pinjaman? Al-Baqarah 2 : 245 مَّن ذَا الَّذِى يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضٰعِفَهُۥ لَهُۥٓ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ۚ وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْصُۜطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ● Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman (QARDAN) yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. ● Al-Hadid 57 : 11 مَّن ذَا الَّذِى يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضٰعِفَهُۥ لَهُۥ وَلَهُۥٓ أَجْرٌ كَرِيمٌ ● Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman (QARDAN) yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh ganjaran yang banyak. ● Al-Hadid 57 : 18 إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ ● Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (All...

Nimat dan Ketundukan

 Date written : 24 Jan 2021 ■ Segala apa yang ada di bumi dan ruang angkasa ini di jadikan untuk di tundukkan kepada manusia. Ianya sebagai Nikmat kepada manusia yang di amanahkan sebagai Khalifah di bumi. ■ Yang menjadi kurangnya Nikmat tersebut kepada kita bukan sebab sesiapa pun melainkan perbuatan 'tangan' kita sendiri sebelumnya. Allah tidak mengubah nikmat itu - Sunnatullah itu yang berlaku. ■ Yang kita minta seharian adalah Jalan Yang Lurus - iaitu pengabdian sebenar kepada Ilah Yang Satu - namun yang telah berada di atas jalan itulah Orang-orang yang telah mendapat Nikmat. ■ Bermaksud - apabila kita sedar akan ketergantungan segala sesuatu, punca segala sesuatu itu adalah dari Dia Yang Satu, maka Appreciation terhadap Nikmat itu, menjadikan pertambahan Nikmat. Kekufuran atau Ingkar tak mau mengaku itulah punca Nikmat itu di tarik, kerana Sunnatullah - ketetapan Rules of Law dari Allah. ■ Ketundukan segala benda di Alam semesta ini tidak kita dapati melainkan kita buat k...

Masa Depan itu Tak Wujud

 (Date written : 16 Jan 2021) Definition of Stress : Not enjoying doing or feeling at the present moment (definition of human life) but focus attention on the 'becoming' in the future. We live in the present moment. Not in the future. Enjoy. Feel the moment.  Focus on the current moment.  Future moment does not exist. Terlampau nak mengejar kita punya matlamat, terlampau fokus kepada pencapaian, kepada untuk 'becoming', kita lupa akan alam sekeliling termasuk kita punya dimensi diri dalaman. Kita tidak merasa kesedaran diri yang sejati, tenaga dalaman dan RASA (FEEL) kehidupan yang di ciptakan oleh DIA. Macam mana kita nak ingat akan DIA. Az-Zariyat 51 : 20 وَفِى الْأَرْضِ ءَايٰتٌ لِّلْمُوقِنِينَ ● Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. ● Az-Zariyat 51: 21 وَفِىٓ أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ ● dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? ● Az-Zariyat 51 : 22 وَفِى السَّمَآءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُو...