Langkau ke kandungan utama

Catatan

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...

Allah yang kita Kenal (2)

Allah yang kita Kenal (2) (Date written : 12 May 2014) Intro ===== "Baru ku kenal erti kehidupan". Ucapan itu sering kali di ucapkan oleh orang yang dah kecewa bila ada kawan yang sudah di tolong namun bila nak minta tolong balik bermacam alasan di beri. Sesungguhnya bukan itu erti kehidupan. Erti kehidupan bukanlah kekecewaan. Erti kehidupan bukanlah baru nak paham perangai orang. Erti kehidupan adalah memahami Apa Maksud "Hidup", Siapa Sebenarnya Hidup, apa TUJUAN kita Hidup, Siapa bagi kita HIDUP dan bagaimana menjalani kehidupan ini dengan BETUL. ===== Kita hidup. Ye ke kita hidup? Allah Al-Hayyu. Bermakna Allah Yang Hidup. Sekali lagi,  sifat Allah itu UNIQUE atau TUNGGAL atau ESA. Al-Hayyu - The Only One who LIVE. Ali 'Imran : 2 اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ ● Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang HIDUP (HAYYU)  lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya. ● Jika kita hidup...

Allah yang kita Kenal (1)

Allah yang kita kenal (1) (Date written : 11 May 2014) Pengenalan ========== Tatkala membaca buku Mat Saleh hampir lebih sepuluh tahun yang lalu - Anthony Robbins, rumusannya - Ada 2 sebab sahaja mengapa manusia memilih MEMBUAT sesuatu : 1) Untuk dapat Kegembiraan atau MANFAAT. 2) Untuk mengelak Penderitaan atau MUDHARAT. Maknanya - tanpa sebab pada  dorongan RASA tersebut, manusia tidak melakukan sesuatu perbuatan. Kalau nak buat sesuatu - mesti nak dapat hasilnya iaitu lebih HAPPY, atau lebih kurang PAIN and SUFFERING. Takde 2 sebab ni- perhatikanlah takde orang nak membuat sesuatu TANPA sebab. Kat mana Allah kita letakkan dalam hal ini ? Adakah kegembiraan atau MANFAAT itu datang dengan Hasil Usaha atau Hasil Kerja kita ? Adakah Penderitaan atau Mudharat itu boleh kita elakkan dengan Hasil Kerja atau Hasil Usaha kita ? Start. ===== Manfaat dan Mudharat - dari siapa Al-Ma'idah : 76 قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا...

Apa nak buat DULU

Apa nak buat DULU (Date written : 10 May 2014) (Last Update  : 22 May 2014) Intro ==== Kita adalah KHALQU iaitu Ciptaan Allah. Kita juga di jadikan atau bahasa Arab nya JA'ALA dapat mendengar, melihat dan merasa. Kita juga di KHALQU dengan sebab HANYA untuk jadi Hamba 'abdi kepada Al-Ilah. Apa nak buat dulu? ===== Solat.? Pakai Tudung ? Belajar Hukum-hakam ? Nasihat orang yang tak pakai tudung? Nasihat orang yang tak Solat.? Nasihat orang supaya pergi ke Masjid dan dengar Kuliah ? Dengar suatu hukum tentang Haram dari Ustaz terus HENTAM orang lain - jangan buat benda tu - HARAM! Itu ke kita kena buat dulu ? Atau TAK KENA apa yang orang kita selalu buat ni? Pergi masjid dah sebulan dengar kuliah sikit dah RASA diri BERSIH ? Lepas tu pulak dapat dari Ustaz kat surau, hukum tu hukum ni  - itu haram, ini haram, banyaknya belajar HARAM je. Kemudian belajar benda WAJIB dan Sunat dan harus, makruh dan lain2 cara beribadah. Tiap2 malam Jumaat ...

Kalau Setiap Sesuatu Ada Pencipta

Kalau Setiap Sesuatu Ada Pencipta (Date written : 10 May 2014) (Last Update  : 15 May 2014) Intro ===== "If you believe God created everything and everything must be created by Someone, who created that Someone?" "Jika awak percaya bahawa Tuhan menciptakan segalanya dan setiap sesuatu mesti ada Pencipta nya, maka siapa pula yang menciptakan Pencipta itu ?" Itu adalah soalan seorang Atheist atau orang yang tidak percayakan Tuhan. Benar ke orang macam ni tak percaya ada Tuhan ? Soalan di atas pernah ke tidak sesiapa di ganggu syaitan dalam dada kita ? Maka apa jawapannya ? Ada tak anak kecil bertanya macam tu yang kita pun tak reti nak jawab? Ishh.. soalan macam tu tak boleh tanya. Semua soalan kena TANYA dan kena CARI JAWAPAN. Mari kita olah. ===== Allah berfirman : Al-An'am : 101 بَدِيعُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۖ أَنّٰى يَكُونُ لَهُۥ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُن لَّهُۥ صٰحِبَةٌ ۖ وَخَلَقَ كُلَّ شَىْءٍ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ ● ...

Bisikan Rahsia - Najwa

Bisikan Rahsia - Najwa (Date Written : 03 May 2014) (Last Updated : 06 May 2014) Intro Najwa - Ramai manusia menamakan anak mereka dengan nama ini. Siti Najwa. Apa itu Najwa yang di sebut Allah dalam Al Qur'an yang SETIAP HARI kita berhadapan dengannya ? Mari kita ungkaikan. ==== Firman Allah : Az-Zukhruf : 80 أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوٰىهُم ۚ بَلٰى وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ ● Apakah mereka mengira, bahwa Kami tidak mendengar rahsia (SIRR) dan bisikan-bisikan (NAJWA) mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan   Kami (RUSULUNA) selalu mencatat di sisi mereka. ● An-Nisa' : 114 لَّا خَيْرَ فِى كَثِيرٍ مِّن نَّجْوٰىهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلٰحٍۭ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذٰلِكَ ابْتِغَآءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا ● Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan (NAJWA) mereka, kecuali bisikan-bisikan dari AMR SESIAPA (MAN AMARA) y...

Wasilah

Wasilah (Date written : 7 Apr 2014) Pengenalan Apa itu Wasilah ? Boleh kah kita guna Wasilah atau Bertawassul untuk mendekatkan diri kepada Allah ? Terdapat 2 pendapat Ulama dalam Hal ini. Satu pendapat mengatakan boleh manakala satu lagi mengatakan tidak boleh malah mensyirikkan perbuatan tersebut. Mari kita rujuk Al Qur'an. ====== Suruhan Berwasilah Mari kita perhatikan ayat Allah : Al-Ma'idah : 35 يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوٓا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجٰهِدُوا فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ● Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah (WABTAGHU) jalan (WASILAH) yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. ● Dari ayat di atas JELAS sekali Allah menyuruh orang beriman untuk MENCARI "JALAN" atau "CARA" mendekati Allah atau sampai kepada Allah. Namun, berdasarkan hanya satu ayat di atas tidaklah boleh dapat kita...