Langkau ke kandungan utama

Kalau Setiap Sesuatu Ada Pencipta

Kalau Setiap Sesuatu Ada Pencipta

(Date written : 10 May 2014)
(Last Update  : 15 May 2014)

Intro
=====

"If you believe God created everything and everything must be created by Someone, who created that Someone?"

"Jika awak percaya bahawa Tuhan menciptakan segalanya dan setiap sesuatu mesti ada Pencipta nya, maka siapa pula yang menciptakan Pencipta itu ?"

Itu adalah soalan seorang Atheist atau orang yang tidak percayakan Tuhan.

Benar ke orang macam ni tak percaya ada Tuhan ?

Soalan di atas pernah ke tidak sesiapa di ganggu syaitan dalam dada kita ?

Maka apa jawapannya ?

Ada tak anak kecil bertanya macam tu yang kita pun tak reti nak jawab?

Ishh.. soalan macam tu tak boleh tanya.

Semua soalan kena TANYA dan kena CARI JAWAPAN.

Mari kita olah.

=====

Allah berfirman :

Al-An'am : 101

بَدِيعُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۖ أَنّٰى يَكُونُ لَهُۥ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُن لَّهُۥ صٰحِبَةٌ ۖ وَخَلَقَ كُلَّ شَىْءٍ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

● Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri (SAHIBAH - female companion). Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu. ●

Allah mengatakan Dia Pencipta langit dan bumi bermaksud SEMESTA ALAM dan Dia tidak ada Teman Perempuan atau Isteri MAKA tidak akan ada anak.

Boleh ke FUAD kita memikirkan dan MEMAHAMI bahawa - ok - Allah menciptakan segala sesuatu NAMUN Dia tidak ada Pencipta.

Tak boleh tanya siapa pula yang menciptakan Dia.

Islam tak boleh ikut Logik 'Akal'. ?

Jika Islam atau Iman tidak boleh di hujahkan maka adakah kita orang beriman - PERCAYA kepada sesuatu yang "tak masuk akal".

Maka adakah sama kita orang beriman dengan yang menyembah Batu atau Berhala ?

Itu kita kata Bodoh dan Tak Logik.

Iman kita, kita kata kat Atheist - ooh.. tak boleh pakai logik akal.

Maka adakah Iman kita pada sesuatu yang Tak Logik ?

Lagi Firman Allah :

Luqman : 25

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

● Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah: "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. ●


Lagi firman Allah :


Az-Zumar : 38

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلْ أَفَرَءَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِىَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كٰشِفٰتُ ضُرِّهِۦٓ أَوْ أَرَادَنِى بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكٰتُ رَحْمَتِهِۦ ۚ قُلْ حَسْبِىَ اللَّهُ ۖ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ

● Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya mereka menjawab: "Allah". Katakanlah: "Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?. Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku". Kepada-Nya-lah bertawakkal orang-orang yang berserah diri. ●

Az-Zukhruf : 9

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ

● Dan sungguh jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya mereka akan menjawab: "Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui". ●


Az-Zukhruf : 87

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۖ فَأَنّٰى يُؤْفَكُونَ

● Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?, ●


Ayat-ayat Allah di atas mengatakan ATHEIST pun jika ditanya dengan sesungguhnya MAKA mereka akan menjawab "Allah" yang bermaksud Al-Ilah atau Al-Tuhan atau Tuhan Yang Al atau yang bermaksud Satu Tuhan atau yang bermaksud Tuhan Yang Esa.

Sebenarnya - Atheist PERCAYA adanya AL-TUHAN.

Mulut je lain cakap, qalbu nya TETAP MEMPERCAYAI.

Cuma ianya sesuatu yang MENJADI "sesak" pada fikiran mereka untuk dapat "menceritakan" tentang Al-Tuhan tersebut.

=====

Takkan kita cipta sendiri ?

At-Tur : 35

أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَىْءٍ أَمْ هُمُ الْخٰلِقُونَ

● Apakah mereka diciptakan (KHULIQU) tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)? ●

At-Tur : 36

أَمْ خَلَقُوا السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ ۚ بَل لَّا يُوقِنُونَ

● Ataukah mereka telah menciptakan (KHALAQU) langit dan bumi itu?; sebenarnya mereka tidak meyakini (apa yang mereka katakan). ●

Al-Waqi'ah : 59

ءَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ الْخٰلِقُونَ

● Kamukah yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya?  ●

Allah mengatakan Dia yang buat semua :

Al-Hasyr : 24

هُوَ اللَّهُ الْخٰلِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنٰى ۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

● Dialah Allah Yang Menciptakan (KHALIQU - Creator)), Yang Mereka-cipta (BARI'U - Inventor), Yang Membentuk Rupa (MUSAWWIR - Fashioner), Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ●

=====

Ini Dalam

Mengapa Allah itu WUJUD ?

Soalan ini pernah di tanya.

Soalan nya bukan apakah Tanda atau Dalil yang Allah itu Wujud.

Jika di tanya soalan tersebut jawapan yang lazimnya dan masuk akalnya adalah SEBAB adanya Alam ini.

Lagi soalan.

Jika tak ada Alam ini ?

Adakah Allah itu Wujud ?

Macammana nak jawab - jika soalan ini di tanya -

Kalau alam ini termasuk kita ini takde - SOALAN itu pun tak boleh keluar, bai.

Macammana soalan itu nak keluar sedangkan yang penanya soalan pun tak ada ?


====

Zaman Rasulullah dahulu SOALAN pada Tajuk Artikel ini pernah di tanya oleh orang Kafir kepada Nabi Muhammad.

Lebih kurang begini - Wahai Muhammad, bagaimana Tuhan Mu ini, keadaan nya bagaimana, kalau Dia Menciptakan segala sesuatu dan segala sesuatu MESTI ada PENCIPTA nya, maka siapa pula yang Menciptakan Pencipta tersebut ?

Rasulullah terdiam.

Menunggu Wahyu.

Maka turun SURAH AL-IKHLAS, suatu surah yang ada Hadis Mengatakan 1/3 Al-Qur'an, yang menjelaskan SEJELAS nya tentang Allah :

Al-Ikhlas : 1

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

● Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Esa (AHAD - The One, Tunggal). ●

Al-Ikhlas : 2

اللَّهُ الصَّمَدُ

● Allah adalah Tuhan yang bergantung (berhajat, bekeperluan) kepada-Nya segala sesuatu (SAMAD). ●

Al-Ikhlas : 3

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

● Dia tiada beranak (YALID) dan tidak pula diperanakkan (YULAD), ●

● Not He Begets and Not He is Begotten●

Al-Ikhlas : 4

وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ

● dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia". ●

Sesungguhnya ayat pada surah Al-Ikhlas adalah Ayat Tauhid yang Sangat Utama.

IKHLAS bermaksud MENGESAKAN ALLAH.
Lawan IKHLAS adalah SYIRIK - iaitu TIDAK MengESAkan Allah - atau mengatakan ada 'sesuatu (MA)' atau 'sesiapa (MAN)'  yang WUJUD selain Allah.

Mari pergi lebih terperinci :

HU WALLAHU AHAD.

Dia, Allah itu AHAD (ESA, TUNGGAL).

Inilah JAWAPAN kepada PERSOALAN pada Artikel ini.

Jika Allah menciptakan segala sesuatu, siapa pula menciptakan Allah ?

Jawapan nya ada pada ALLAH AL-AHAD dan 3 ayat berikutnya dalam surah Al-Ikhlas yang mulia ini.

Di sinilah ramai orang tak paham maka tak boleh nak cerita.

Segala sesuatu itu TIDAK WUJUD.

Yang WUJUD sebenarnya hanya Allah.

Atau segala sesuatu itu adalah CIPTAAN dari SATU WUJUD dan WUJUD Yang ESA ini tidak MEWUJUDKAN suatu Wujud yang lain dan WUJUD YANG SATU ini tidak BERASAL dari Wujud yang lain.

Inilah maksud LAM YALID WALAM YULAD.


KHALIQU - iaitu WUJUD ESA ini cuma menciptakan sesuatu yang di panggil KHALQU - iaitu CIPTAAN dan CIPTAAN adalah BUKAN WUJUD.

Jika WUJUD ALLAH ini berasal dari WUJUD yang lain, maka dia bukan Al-Tuhan.

Al-Tuhan atau Al-Ilah atau Allah itu TIADA apa SEBELUM DIA.

SEBELUM, SEKARANG dan AKAN DATANG - pada Al-Tuhan itu - DIA tidak SETARA atau TAK DAPAT Di Bandingkan dengan SEGALA SESUATU yang lain - DIA yang MENCIPTAKAN sebelum, sekarang atau akan datang MAKA Dia tidak terbatas dengan MASA atau apa sahaja yang DIA SENDIRI CIPTAKAN.

Allah itu WUJUD Berdiri SENDIRI (AL-QAYYUM).

====


Kembali kepada soalan tadi - MENGAPA ALLAH itu WUJUD ?

Jawapan : Kerana ESA atau Tunggal nya - ZAT, SIFAT, ASMA' DAN AF'AL Allah - maka ITU SEBAB Dia Wujud.

Jika tidak ESA Wujud Allah, NamaNya, SifatNya dan PerbuatanNYA - MAKA tuhan seperti itu TIDAK WUJUD.

Yang DI KATAKAN WUJUD mesti TUNGGAL.

Kalau wujud tak tunggal itu di panggil khalqu - ciptaan.

Dalam segala APA yang kita PAHAM dalam dunia ini - semuanya ada 2 atau Berpasang-pasangan.

Benar lawannya Batil.
Satu lawannya Ramai.
Wujud lawannya Tak Wujud
Ada lawannya Tiada.
Pencipta lawannya Ciptaan.
Haq lawannya Batil.

Yang Benar, Yang Satu, Yang Wujud/Ada, Yang Mencipta, Yang Haq = Allah Al-Ahad.

Lawannya bukan Allah Al-Ahad atau selain Allah.

Maksud besar di sini adalah untuk layak bergelar PENCIPTA - DIA mesti TUNGGAL.
Selagi dia tak Tunggal maka dia bukan pencipta.

======

RASA kanlah akan WUJUD ALLAH Yang Tunggal ini tatkala kita memberi atau mendirikan SOLAH kepada Allah.

Juga tatkala kita mengatakan -

La Ilaha Illa Allah

dan bergementar lah jika benar kita kenal YANG ESA tersebut.

Kita dan segala sesuatu hanyalah KHALQU - nyata pada persepsi tetapi tidak WUJUD.

Hanya DIA yang WUJUD TUNGGAL.

Berdoalah pada DIA Yang Tunggal, Puji dan Puja dan Agungkanlah HANYA YANG TUNGGAL itu.

======

Terjawab tak persoalan ?

Siapa pula mencipta Pencipta ?

Tak ada siapa dan tak boleh ada sesiapa boleh mencipta Pencipta tersebut.

Apa sebab ?

DIA ALLAH itu TUNGGAL.

Mengapa DIA Tunggal ?

Sebab Hanya DIA yang WUJUD.

Sekali lagi mengapa DIA WUJUD ?

Sebab Tunggal Nya ZAT DIA, SIFAT DIA, NAMA DIA dan PERBUATAN DIA.

Sekali lagi yang dikatakan WUJUD mestilah TUNGGAL.

Kalau dah Tunggal baru boleh layak bergelar PENCIPTA (KHALIQU).

Jika tidak tunggal macam kita manusia - maka contoh nya manusia mencipta kereta, namun kita tidak tunggal, maka selagi tak sampai TAHAP TUNGGAL, masih boleh di tanya siapa pula cipta manusia ? Dan jawapan yang Paling Terakhir mestilah ENDING nya pada Yang Tunggal -

BARU MASUK AKAL  dan boleh di bawa berhujah Iman kita ini.

Kenapa kena SEMBAH, jadi 'abdi, kena yad'u (seru atau doa) kepada Allah ini ?

Jawapan : sebab selain Dia TUNGGAL, Dia itu SAMAD.

Sebab,  kita PERLUKAN dan bergantung kepada ALLAH Yang Tunggal itu dalam   A P A   S A H A J A yang berlaku kepada kita setiap detik.


=====

Allah AL-AHAD - berilah Rahmat dan Kurnia mu kepada diriku ini dan semua pembaca.

======

End.

Allah Al-'Alim

======












Ulasan

  1. Rahayu (maaf jika kurang ampuh)
    menurut ku

    (jika ada yg tanya siapa pencipta allah?)

    Bisa kita tanya kembali

    Kamu ada suara?
    bisa tunjuk kan suara mu?

    Kamu katakan pada diri mu aku.
    tunjuk kan di mana aku?

    Jika tidak bisa di tunjuk

    Maka perintahkan si bertanya sOalan

    agar bisa si bertanya tadi tutup kan mata nya dan kosong kan fikiran nya

    nyata si bertanya tadi kosong alam nya..lemah
    JAWAPAN NYA
    segala nya milik yg allahswt yg esa

    UMPAMA SUARA
    ADA TAPI TIADA TAPI ADA BUKTI PADA SEGALANYA
    MAHA AGUNG KUASA NYA BIKIN AKU PUN MENJADI TIADA

    AMIN RAHAYU MAAF JIKA ADA KURANG
    DARI SAYA

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...