Langkau ke kandungan utama

Keterlaluan Melebihkan Nabi Muhammad

Keterlaluan Melebihkan Nabi Muhammad

(Date written : 22 May 2014)
(Second Update  : 9 Jun 2014)
(Last update : 09 Feb 2016)

Intro
====

Dewasa ini terlalu KERAP ada program Cintai Rasulullah = Cintai Nabi Muhammad dan sebagainya.

Geng-geng HABIB juga TAK HABIB tetiba muncul bagai Cendawan dengan Pemakaian yang hebat-hebat dan LAGU mendayu-dayu semasa majlis SELAWAT PERDANA dan majlis-majlis yang lain.

Ok.

Boleh ke tak boleh ?

Mari masuk dalam.

=====

Larangan Membezakan Nabi-nabi atau RASUL-RASUL

Al-Baqarah : 136

قُولُوٓا ءَامَنَّا بِاللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلٰىٓ إِبْرٰهِۦمَ وَإِسْمٰعِيلَ وَإِسْحٰقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسٰى وَعِيسٰى وَمَآ أُوتِىَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ

● Katakanlah (hai orang-orang mukmin): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada NABI-NABI dari Tuhannya. Kami tidak MEMBEZA-BEZAKAN seorangpun diantara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya". ●

Ali 'Imran : 84

قُلْ ءَامَنَّا بِاللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلٰىٓ إِبْرٰهِيمَ وَإِسْمٰعِيلَ وَإِسْحٰقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسٰى وَعِيسٰى وَالنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ

● Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak MEMBEZA-BEZAKAN seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri". ●

Dari 2 ayat di atas JELAS, orang yang BERIMAN tidak sedikit pun BOLEH membezakan antara seorang Nabi dengan Nabi yang lain termasuk Nabi Muhammad.

Semua Kitab yang Allah Anzal (turun) kan kepada Nabi kita wajib BERIMAN.

Lagi Firman Allah :

Al-Baqarah : 285

ءَامَنَ الرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَمَلٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

● Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak MEMBEZA-BEZAKAN antara seseorangpun (dengan yang lain) dari RASUL-RASUL-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali". ●

An-Nisa' : 152

وَالَّذِينَ ءَامَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِۦ وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ أُولٰٓئِكَ سَوْفَ يُؤْتِيهِمْ أُجُورَهُمْ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

● Orang-orang yang beriman kepada Allah dan para RASUL-Nya dan tidak MEMBEZA-BEZAKAN seorangpun di antara mereka, kelak Allah akan memberikan kepada mereka pahalanya. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●


Nampak macam SAMA tetapi tidak. Jika ayat 136 surah Al Baqarah dan ayat 84 surah Ali-`Imran merujuk kepada BERIMAN kepada semua Kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi dan kita orang Beriman tidak boleh MEMBEZAKAN atau MENGKLASIFIKASI kan mereka, ayat 285 surah Al-Baqarah dan ayat 152 surah An-Nisa pula merujuk kepada BERIMAN kepada RASUL-RASUL. Orang BERIMAN tidak boleh membezakan atau MENGKLASIFIKASI Rasul-Rasul.

======

Uswatun Hasanah 

Benar.

Firman Allah :

Al-Ahzab : 21

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْءَاخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

● Sesungguhnya telah ada pada (diri) RASULULLAH itu SURI TAULADAN yang baik (USWATUN HASANAH) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhirat dan dia ingat Allah banyak-banyak. ●

Ayat di atas, SERINGKALI Di FAHAMI yang Rasulullah yang di maksudkan di atas hanya kepada Nabi Muhammad sahaja. Jika itu yang DI FAHAMI, ketahuilah FAHAMAN itu SALAH,  kerana RASULULLAH bukan hanya Nabi Muhammad.

Perhatikan Firman Allah lagi :

Al-Mumtahanah : 4

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِىٓ إِبْرٰهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُۥٓ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَءٰٓؤُا مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدٰوَةُ وَالْبَغْضَآءُ أَبَدًا حَتّٰى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُۥٓ إِلَّا قَوْلَ إِبْرٰهِيمَ لِأَبِيهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَآ أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن شَىْءٍ ۖ رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

● Sesungguhnya telah ada SURI TAULADAN yang BAIK (USWATUN HASANAH) bagimu pada IBRAHIM dan orang-orang yang bersama dengan dia; ....". ●

Al-Mumtahanah : 6

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْءَاخِرَ ۚ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِىُّ الْحَمِيدُ

● Sesungguhnya pada mereka itu (Ibrahim dan orang-orang yang bersamanya) ada SURI TAULADAN yang BAIK (USWATUN HASANAH) bagimu; (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap Allah dan Hari Akhirat. Dan barangsiapa yang berpaling, maka sesungguhnya Allah Dialah yang Maha kaya lagi Maha Terpuji. ●

Ayat di atas JELAS, bukan NABI MUHAMMAD sahaja yang ada USWATUN HASANAH. Nabi Ibrahim juga ada mempunyai TAULADAN yang baik untuk kita ikuti. Rasul-Rasul Allah yang lain juga ada TAULADAN yang baik untuk kita ikuti.

======

Selawat

Silalah baca Artikel Apa itu Solat vs Selawat untuk pemahaman lanjut.

http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/05/apa-itu-solat-dan-selawat.html?m=0


Apakah kita Hanya perlu berselawat kepada Nabi Muhammad sahaja ?

Al-Ahzab : 56

إِنَّ اللَّهَ وَمَلٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِىِّ ۚ يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

● Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya BERSELAWAT (YUSOLLU) untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, BERSELAWATLAH kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. ●

Jelas sejelasnya kita kena BERSELAWAT bukan hanya kepada Nabi Muhammad TETAPI kepada semua NABI-NABI.

Kita di larang membeza-bezakan antara seorang Nabi dengan yang lain.



======

Kesimpulan

1) Orang Beriman Di LARANG membezakan iaitu MENGKLASIFIKASI atau MELEBIHKAN seorang Nabi dengan Nabi yang lain atau seorang Rasul dengan Rasul yang lain. Kita wajib beriman kepada semua Nabi dan Semua Rasul dan bukan hanya Nabi dan Rasul Muhammad semata-mata. Jika kita tidak BERIMAN kepada Nabi atau Rasul yang lain kita adalah KAFIRUN.

2) Semua RASUL mempunyai USWATUN HASANAH dan bukan hanya Nabi Muhammad.

3) Bukan kita kena SELAWAT hanya kepada Nabi Muhammad,  tetapi juga kepada semua Nabi-Nabi. Kita di larang membeza-bezakan antara Nabi-nabi.


======

Terjawab tak persoalan ?

Boleh ke tidak keterlaluan buat program Cintai Nabi Muhammad ?

Jawapan :

TAK BOLEH HANYA kepada Nabi Muhammad.

Nak buat JUGAK - BUAT kepada semua NABI - bawa semua TAULADAN YANG BAIK DARI semua Rasul-rasul.

JIKA benar kita Orang BERIMAN, kita DI LARANG membeza-bezakan antara seorang Nabi dengan Nabi yang lain termasuk Nabi Muhammad.

=======

Last

Hidup jangan mengikut-ikut.

Ibadah lagi la Tak BOLEH mengikut-ikut.

KEBANYAKKAN orang tu sesat - bukan saya kata :

Al-An'am : 116

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

● Dan jika kamu menuruti KEBANYAKKAN orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan MENYESATKANMU dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti PERSANGKAAN belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). ●

=======

Lagi Last

Ayat2 Allah di atas SUDAH JELAS kita di larang Membeza-bezakan antara seorang Nabi atau Rasul, dengan Nabi atau Rasul yang lain termasuk Nabi Muhammad.

Ada lagi tak yang degil?

Mungkin ada - dengan membawa DALIL :

Tapi bukankah Nabi Muhammad, Nabi kita ini SAHAJA yang diutus sebagai RAHMAT untuk sekalian Alam ? (Nabi atau Rasul yang lain TIDAK!)

Mari kita lihat firman Allah :

Al-Anbiya : 107

وَمَآ أَرْسَلْنٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعٰلَمِينَ

● Dan tiadalah Kami mengutus engkau (ARSALNAKA), melainkan sebagai RAHMAT bagi semesta alam. ●

Engkau Atau KA dalam ayat-ayat Al-Quran memang di tujukan kepada Rasul Nabi Muhammad dan sememangnya baginda adalah Rahmat kepada sekalian alam.

Namun, BUKAN Rasul Nabi Muhammad sahaja RAHMAT kepada sekalian alam.

Dan, ayat Al-Qur'an TIADA SATU Pertentangan -Maksudnya jika Allah mengatakan jangan MEMBEZAKAN NABI dan Rasul maka Allah sendiri tidak Membezakan Mereka.

Mari kita lihat ayat yang lain :

Ad-Dukhan : 5

أَمْرًا مِّنْ عِندِنَآ ۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

● (yaitu) AMR dari sisi Kami. Sesungguhnya Kamilah Yang mengutus RASUL-RASUL (MURSALIN), ●

Ad-Dukhan : 6

رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

● sebagai RAHMAT dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, ●

JELAS,  dari ayat2 di atas, kesemua RASUL adalah RAHMAT dari Allah kepada kita.

=======

End.

Allah Al-'Alim.

=======




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...