Langkau ke kandungan utama

Antara 2 Perumpamaan

Antara 2 Perumpamaan

(Date written : 13 May 2014)

Perumpamaan 1
==============

Ada pelbagai version orang membuat perumpamaan;  perumpamaan ini saya ambil dari TULISAN orang lain (maksudnya Perumpamaan 1 bukan saya tulis).

Version 1 :
----------------

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu. :sad:

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”


-------

Version 2 (Perumpamaan 1)
--------------
(Masih tulisan orang lain)

Ahmad terdiam(dalam hatinya betul jugak kan, dah tatau makna, buat ape nak bace kan, no point gak)

Itulah salah tanggapan kita. Ok mari kita bayangkan. Bayangkan diri kita yang rosak dengan pelbagai tipu daya dunia ni sebagai baldi yang pecah lagi kotor berlumut dan segala bagai kotoran la ade kat baldi tuh. Dah la kotor, berlubang pulak tu kat dasar baldi tuh. Al quran pula diumpamakan sebagai ai sungai. 

Jika sebagai contohnya la kan, ayah muslim kata kepada muslim. Wahai muslim anakku yang dikasihi, bolehkah kamu tolong ayah untuk amik baldi yang bocor tadi pergi ke sungai dan bawakan air sungai itu ke sini. Muslim tanya ayah dia, ayah nape nak pakai baldi ni, mesti la x dpt pape, dah la bocor, pastu kotor lagi.

Ayah dia kata, takpa muslim, acu cube try test  amik air sungai tu jugak, ayah saje nak try muslim ni boleh ke tak amik air tuh. Jadi muslim tanaklah tunjuk dia ni lemah angkat air sebaldi tu kan dan tanpa tahu tujuaannya muslim ikut sahaja kata ayahnya. Lepas muslim dah amik sebaldi air sungai dan dibawakan kepada ayahnya. Sampai je kat ayah dia, mesti takde air dalam baldi tu sebab kan bocor camne la air nak ade kan.

Pastu ayah dia kata, takpe muslim cube pergi amik lagi. Lepas da 20 kali ulang alik pergi amik air sungai tu dan setiap kali sampai kat ayah dia mesti takde air. Nak masuk je kali ke 21, Muslim pun tanyalah ayah dia, ayah nape nak amik lagi, takde gunalah amik air sungai ngan bekas baldi berlubang, kotor dan berlumut ni. Mustahil kita akan dapat pape.

Ayahnya duduk terdiam control macho seposen dua, lalu berkata, Muslim, cube lihat pada baldi itu, masihkah ada kotoran yang tertinggal? masihkah ada lumut yang tertinggal di baldi itu? 

Muslim pun melihat baldi itu, dan terkejut kerana memang betullah baldi itu sudah bersih.

Jadi, pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ni, walaupun kita ni memang kebanyakannya tak faham maksud al quran tu, tapi kalau kita selalu membacanya, Setidak-tidaknya ia dapat mensucikan dan menenangkan hati kita sebagaima kisah muslim yang tak tahu pun apa tujuan ayah dia suruh amik air sungai dengan baldi yang berlubang lagi kotor tuh. Samalah dengan hati kita, kalau sentiasa dicuci, walaupun awalnya kotor, akhirnya akan bersih dan tenang juga hati ini.

-------

Perumpamaan 2 (yang ni saya tulis)
==============

Saya adalah Manager sebuah syarikat dan bertanggung jawab untuk mengambil 2 warga Myanmar untuk bekerja dengan syarikat kami kerana Kos Pekerja yang murah. Syarikat kami adalah 100% melayu sebelum ini dan komunikasi 100% pakai bahasa Melayu.

Termasuk Deskripsi Kerja dan juga Garis Panduan Pekerja - dalam bahasa Melayu.

Malangnya 2 pekerja yang saya ambil tak tahu langsung bahasa melayu. Keduanya mempunyai Deskripsi Kerja yang sama.

Saya telah memberi kepada kedua-dua mereka Deskripsi Kerja dan juga Garis Panduan Pekerja untuk mereka.

Bacalah.  Ini adalah Apa you punya kerja kena buat dan satu lagi adalah peraturan syarikat. Saya kata kepada mereka. Mereka
Mengangguk-ngangguk - entah paham entah tidak.

Di pendekkan cerita, hanya sorang je mamat Myanmar sibuk nak cuba paham Deskripsi Kerja dan Garis Panduan Pekerja dengan bersungguh-sungguh dengan cari terjemahan Melayu - Myanmar, tanya kawan Melayu nya; manakala sorang Mamat lagi TAK CUBA MEMAHAMI, tapi dia tetap mengikut Arahan Manager nya - Baca.

Tapi dia tak paham.  Dia belajar jugak dari melayu lain - cuma Paham macammana NAK SEBUT je BAHASA MELAYU yang di baca nya SAHAJA, dan siap dia boleh hafal lagi.

Namun dia tak paham.

=====

Persoalannya - anda semua boleh fahamlah siapa BOLEH  dapat buat kerja DENGAN betul dan mengikut Peraturan Syarikat.

======

So?

Paham ?

Al Quran dalam Bahasa Arab - dalam tu ada tak Panduan Hidup kita dan ada tak Job Description kita ?


======

Tambah sikit lagi : (dari Perumpamaan 2)

Saya sebagai Manager, 3 bulan kamdian berkata kepada Mamat Myanmar yang boleh BACA Sebutan tapi tak paham apa dia kena buat, apa peraturan syarikat - dah asyik datang kerja ikut suka dia, peraturan syarikat kata pukul 8 30am - 5 30pm - dia balik ikut suka dia - apa nak buat orang tak paham :

Saya tak kira u sudah "bersih hati" ke baca itu Deskripsi Kerja dengan itu Panduan Kerja - saya suruh BACA satu je SEBAB : untuk PAHAM.

U baca tapi tara paham.  Tak boleh kerja sini la..

======

End.

Allah Al - ' Alim.

======

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...