Langkau ke kandungan utama

TUJUAN ALLAH Ciptakan Manusia

TUJUAN ALLAH Ciptakan Manusia

(Date written : 17 November 2014)


Rata-rata ramai mengetahui bahawa TUJUAN kita diciptakan adalah semata - mata untuk MENGABDI diri kepada Allah :

Az-Zariyat : 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka MENYEMBAH kepada-Ku (LIYA'BUDUN). ●

FAHAMILAH dengan sebenar-benarnya BAHAWA setiap TUJUAN ianya MESTI ada KEPADA SIAPA.

Question of WHY or the PURPOSE must always COME with, to WHOM that PURPOSE belongs to.

Setiap TUJUAN mesti ada kepada Siapa Tujuan itu.

======
Kita manusia (juga Jin) diciptakan hanya semata-mata untuk MENGABDI atau MENYEMBAH ALLAH,

with RESPECT to us.
(Tujuan kepada kita).

Namun BUKAN itu TUJUAN ALLAH menciptakan kita

with RESPECT to HIM.
(Tujuan kepada DIA)

Apa maksud ni ?

Maksud INI KENA PAHAM betul2.

Allah ciptakan kita UNTUK TUJUAN (kepada kita) satu sahaja iaitu MENYEMBAH DIA

Sebab

Kita MEMERLUKAN DIA.

======
Namun Allah tidak MENCIPTAKAN kita UNTUK Tujuan DIA mendapat SEMBAHAN dari kita.

Allah TIDAK PERLU SAMA SEKALI SEMBAHAN dari kita.

Allah Maha Kaya, tidak berhajat kepada Ciptaan Nya.

Jika kita beriktiqad ALLAH memerlukan kita atau SEMBAHAN kita- maka kita sudah kata Allah Memerlukan "sesuatu" - maka kita SUDAH MENSYIRIKKAN ALLAH.

Allah tidak memerlukan apa-apa atau sesiapa - DIA HIDUP TUNGGAL dan Dia Tidak Berkehendak kepada sesiapa atau apa-apa pun.

Kita yang berkehendak kepada Dia :

Fatir : 15

يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَآءُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِىُّ الْحَمِيدُ

● Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. ●

======

Tujuan KEPADA ALLAH, mengapa kita diciptakan :

Hud : 119

إِلَّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَ ۚ وَلِذٰلِكَ خَلَقَهُمْ ۗ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

● kecuali orang-orang yang diberi RAHMAT oleh Tuhanmu. Dan UNTUK ITULAH ALLAH MENCIPTAKAN MEREKA.  ●

Sesungguhnya maksud ayat di atas terlalu BESAR maksudnya.

Ianya mendefinasikan TUJUAN ALLAH menciptakan kita WITH RESPECT to HIM.

WA LI ZALIKA KHOLAKA HUM.

Dan untuk itulah mereka diciptakan.

Untuk RAHMAT ALLAH.

Allah MENCIPTAKAN kita kerana HENDAK MEMBERI kita RAHMAT.

=====
Sekali lagi SEBENARNYA - ayat Allah ini TERLALU sangat PENTING untuk kita FAHAMI dengan SEBENARNYA.

IANYA adalah JAWAPAN kepada persoalan dari sesiapa pun - yang beriman atau tidak - bahawa TUJUAN ALLAH MENCIPTAKAN kita adalah UNTUK MEMBERI kita RAHMAT.

Allah tidak sekali-kali ZALIM.

Dia BUKAN menciptakan kita UNTUK MENZALIMI kita, malah sebaliknya, untuk memberi kita RAHMAT NYA.

Dia ciptakan kita dan seluruh ALAM, segala apa-apa (MA) dan segala sesiapa (MAN) - BUKAN KERANA

- Allah perlukan Alam ini atau
- Allah perlukan sembahan makhluk Nya

Sebaliknya

- kerana DIA Berkehendak MEMBERI RAHMAT kepada kita.

=====
Perhatikan sekali lagi ayat ini :

Hud : 118

وَلَوْ شَآءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وٰحِدَةً ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ

● Jikalau Tuhanmu MENGHENDAKI, tentu Dia menjadikan manusia satu IKUTAN (UMMATA), tetapi mereka TIDAK BERHENTI-HENTI BERSELISIH PENDAPAT, ●

UMAT - ada pelbagai maksud.
Dalam ayat ini dan beberapa ayat lain ianya bermaksud IKUTAN.
(Silalah bertanya orang yang lain juga yang MENDALAM ILMU untuk mengesahkan)

Hud : 119

إِلَّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَ ۚ وَلِذٰلِكَ خَلَقَهُمْ ۗ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

● kecuali orang-orang yang diberi RAHMAT oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. TELAH PUTUS (TAMMAT) Kalimat Tuhanmu : sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia bersama-sama (AJMA'IN) ●

Ayat ini juga SANGAT BESAR dan DALAM Maksudnya -

Bahawa KEHENDAK ALLAH itu ESA.

Hanya KEHENDAK DIA yang terjadi dan kehendak kita TIDAK ada SATU PUN akan terjadi melainkan KEHENDAK DIA.

Jika kehendak kita INLINE dengan Kehendak Allah - barulah "nampak" macam terjadi kehendak kita itu. Jangan kena tipu merasakan kehendak kita terjadi.

====
Dari ayat itu JELAS, sememangnya Allah HENDAK memasukkan segolongan jin dan manusia ke NERAKA.

Kecuali ORANG yang MENDAPAT RAHMAT Dia.

Dan bukan atas daya usaha atau kehendak manusia tersebut.

Kita di masukkan ke SYURGA dan tidak di masukkan ke NERAKA bukan pasal kita pilih atau bukan pasal AMALAN kita.

Kita di masukkan ke SYURGA adalah kerana ALLAH hendak MEMBERI RAHMAT kepada kita SEMATA-MATA.

=====

Agungkanlah ALLAH dengan PENGAGUNGAN sebenarnya.

Rendahkanlah Diri kita rendah serendahnya.

LA QUWWATA ILLA BILLAH.

MasyaAllah.

Kullum min 'indillah.

=====
Mintalah RAHMAT ALLAH dengan sungguh-sungguh.

Jangan pandang REMEH tentang perkataan RAHMAT lagi selepas ini.

=====
End.

Allah Ar-Rahman.

=====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...