Langkau ke kandungan utama

Daabbah yang berkata

Daabbah yang berkata

(Date written : 29 May 2016)


Terdapat kesalahan ramai manusia dalam mengeluarkan TA`WIIL atau keterangan maksud ayat-ayat Allah, tanpa bimbingan Allah sendiri. Inilah namanya memandai-mandai mengeluarkan pendapat sendiri. Mari kita perhatikan firman Allah di bawah :

An-Naml (27): 82

وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَآبَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِـَٔايٰتِنَا لَا يُوقِنُونَ

● Dan apabila telah jatuh (WAQO'A) perkataan (QAULU) atas mereka, Kami keluarkan sejenis 'binatang' melata (DAABAH) dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. ●

Kebatilan suatu puak yang kononnya mengkaji Al-Quran (Rashad Khalifa dan kawan-kawannya) sudah keterlaluan dalam meletakkan pendapat atau mencari-cari TAKWIL atau maksud sebenar sesuatu ayat Allah. Ayat di atas mereka mengatakan yang DAABBAH yang di maksudkan adalah Komputer atau Sistem Komputer yang komponen2 nya di ambil dari tanah dan Komputer memang sudah boleh berkata-kata dengan manusia. Inilah kesesatan dan inilah manusia yang ada penyakit dalam qalbunya.

Sebenarnya, setiap ayat Al-Quran tiada siapa pun boleh mengeluarkan apa-apa TAKWIL atau pendapat tentang maksud sebenarnya dengan meneka-neka atau menyangka-nyangka atau MENGADA-ADAKAN suatu kedustaan terhadap Allah. Hanya Allah yang mengetahui apa keterangan Maksud ayat-ayatNya.

Maka, Fahamilah, ayat-ayat Allah, selalunya di terangkan dengan ayat-ayat Allah yang lain dan Al-Quran maksudnya adalah bacaan yang berkait-kaitan.

Maka kita kena cari kaitan perkataan ayat-ayat Allah. Inilah proses DEDUKSI.

Untuk nak faham ayat 27:82 di atas, ada 3 keywords atau kata kunci yang perlu di cari kaitannya iaitu WAQO'A, QAULU dan juga DAABAH.

Apakah maksud WA IZA WAQO'A QAULU 'ALAIHIM iaitu "Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka".

Apa maksud "perkataan jatuh (WAQO'A) atas mereka?"

Bolehkah perkataan jatuh atas kita ?

Mari kita lihat ayat-ayat Allah yang lain tentang WAQO'A.

An-Naml : 84

حَتّٰىٓ إِذَا جَآءُو قَالَ أَكَذَّبْتُم بِـَٔايٰتِى وَلَمْ تُحِيطُوا بِهَا عِلْمًا أَمَّاذَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

● Hingga apabila mereka datang, Allah berfirman: "Apakah kamu telah mendustakan ayat-ayat-Ku, padahal ilmu kamu tidak meliputinya, atau apakah yang telah kamu kerjakan?". ●


An-Naml : 85

وَوَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِم بِمَا ظَلَمُوا فَهُمْ لَا يَنطِقُونَ

● Dan jatuhlah (WAQO'A) perkataan (QAULU) atas mereka disebabkan kezaliman mereka, maka mereka tidak dapat berkata (apa-apa). ●

Yunus : 51

أَثُمَّ إِذَا مَا وَقَعَ ءَامَنتُم بِهِۦٓ ۚ ءَآلْـٰٔنَ وَقَدْ كُنتُم بِهِۦ تَسْتَعْجِلُونَ

● Kemudian apakah setelah terjadi / terjatuh (WAQO'A) nya (azab itu), kemudian itu kamu baru mempercayainya? Apakah sekarang (baru kamu mempercayai), padahal sebelumnya kamu selalu meminta supaya disegerakan? ●

Berdasarkan kaitan ayat-ayat di atas, jelas WAQO'A bermaksud sudah terjadi atau terkena atau di 'jatuh' kan.

WAQO'A QAULU bermaksud TERJADI atau JATUH Perkataan.

Perkataan atau QAULU siapa ?

QAULU di sini adalah PERKATAAN HUKUMAN dari Allah, berdasarkan deduksi dari ayat-ayat Allah di atas.

Maka WAQO'A QAULU adalah JATUH HUKUMAN.

Sekarang, apa pula DAABBAH ?

Hud : 6

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ

● Dan tidak ada suatu 'binatang' melata (DAABATIN) pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh). ●

Berdasarkan hanya 2 ayat-ayat Allah iaitu Hud: 6 dan An-Naml:82 di atas sahaja, PASTI DAABBAH itu adalah makhluk kejadian Allah yang melata dan Allah beri rezeki kepada mereka, MAKA tak mungkin ianya suatu KOMPUTER.

Firman Allah lagi :

Al-Baqarah : 164

إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلٰفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِى تَجْرِى فِى الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَآءِ مِن مَّآءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيٰحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ لَءَايٰتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

● Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis binatang melata (DAABBAH), dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. ●

Al-Anfal : 55

إِنَّ شَرَّ الدَّوَآبِّ عِندَ اللَّهِ الَّذِينَ كَفَرُوا فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

● Sesungguhnya binatang / makhluk (DAWAAB) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, karena mereka itu tidak beriman. ●

Dawaab adalah kata jamak kepada DAABBAH. Berdasarkan ayat-ayat Allah, jelas DAABBAH bukan hanya segala haiwan dan binatang di atas bumi, kita manusia juga adalah termasuk dalam kategori DABBAH ini.

Tidak mungkin sama sekali, DAABBAH bermaksud Komputer.

Maka batillah sesiapa yang memandai-mandai mengeluarkan PENDAPAT atau memberi TAKWIL tentang sesuatu yang tidak meliputi pengetahuan mereka.

====
Maka, Sekali lagi :

An-Naml (27): 82

وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَآبَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِـَٔايٰتِنَا لَا يُوقِنُونَ

● Dan apabila telah jatuh (WAQO'A) perkataan / hukuman (QAULU) atas mereka, Kami keluarkan sejenis makhluk melata (DAABAH) dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. ●

Berdasarkan kaitan ayat-ayat Allah, jelas kepada kita maksud ayat di atas adalah 'apabila telah di jatuhkan hukuman ke atas mereka (orang-orang yang zalim), di hari akhirat, akan keluar sejenis makhluk melata dari bumi yang boleh berkata-kata kepada manusia yang mengatakan mereka tidak yakin kepada ayat-ayat Allah'.

Di akhirat, hukuman hanya di jatuhkan selepas di hisab dan orang yang di jatuhkan hukuman adalah orang yang akan ke neraka. Maka, DAABBAH yang akan berkata-kata adalah dengan orang-orang zalim, kafir atau munafik.


====
End.

Allah Al-'Alim.
Allah Al-Hadi.

Wakafa billahi Hadiya.
====





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...