Niat
(Date written : 15 Feb 2014 - KAS )
(Last Update : 17 Feb 2014 - KAS )
Intromission
==========
Apa itu Niat?
Dalam English ianya di panggil "Intention".
Tahukah kita berapa kuatnya Kesan NIAT dalam kehidupan kita ?
Jika kita BERNIAT BAIK ?
Jika kita BERNIAT JAHAT ?
TAHUKAH kita NIAT adalah satu TENAGA ?
TAHUKAH kita bahawa NIAT adalah DOA ?
Tahukah kita yang kita akan DI KELILINGI dengan orang-orang atau perkara-perkara yang sering kita NIATKAN ?
Maka pilih lah NIAT yang betul untuk kebaikan diri kita sendiri.
Segala Amal adalah BERMULA dengan niat :
■ Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. ■
- Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Fussilat : 46
مَّنْ عَمِلَ صٰلِحًا فَلِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَنْ أَسَآءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلّٰمٍ لِّلْعَبِيدِ
● Barangsiapa yang mengerjakan AMAL yang SOLEH (MEMPERBAIKI) maka (kebaikannya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Tuhan-mu Menzalimi hamba-hamba-Nya. ●
Segala amal kita - baik atau jahat adalah Bermula dengan Niat.
Sentiasalah AMBIK KONTROL dan Perhatikan apa NIAT kita.
======
Niat BUKAN Lintasan Hati
Semasa saya berumur dalam 10 - 12 tahun saya masih teringat seorang Ustaz mengatakan bahawa Niat semasa hendak Solat bukanlah "Lintasan Hati" sebagaimana yang selalu orang jawab bila di tanya.
Ustaz itu menjawab Niat itu adalah "Hadiran Hati".
Saya pegang kata-kata itu sehingga lah sekarang. Kedua-duanya pun BUKAN lah maksud yang TEPAT kepada NIAT.
Jika pembaca ada membaca "Takdir, Pilihan dan Kehendak" maka pembaca akan tahu bahawa SEGALA apa amalan yang kita lakukan - Roh dari AMR ALLAH sudah Di ARAHKAN membuatnya sepertimana yang telah di TETAP KAN ALLAH di dalam Luh Mahfuzh.
Berdasarkan eksperimen sains, diri kita mendapat signal ini 6 saat sebelum kita melakukannya.
Kesemua GERAK HATI itu adalah ARAHAN kepada Roh dari Allah, kepada Diri (An-Nafs) kita dan kita pun melakukannya.
Makanya NIAT bukan juga HADIRAN Hati.
Pada PERSEPSI kita nampak macam kita memilih dan membuat perlakuan tersebut..REALITI yang SEBENARNYA tidak begitu. Kita tiada pilihan tentang PEELAKSANAAN KETENTUAN.
======
NIAT adalah PENETAPAN MATLAMAT
Mari kita perhatikan Hadis Sahih ini sekali lagi :
■ Bahawa sesungguhnya setiap AMALAN itu bergantung kepada NIAT, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia NIATKAN. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. ■
Jika kita perhatikan Benar-benar akan APA maksud NIAT yang DI SEBUT dalam Hadis di atas, NIAT itu JELAS adalah satu PENETAPAN MATLAMAT atau TUJUAN atau "goal setting".
Ada orang bersolat nak tunjuk kat orang. Maka dia akan dapat apa yang dia niatkan.
Ada orang bersedekah kerana DIRI nya sudah BERNIAT atau MELETAKKAN Matlamat untuk mendapat KEREDHAAN ALLAH. Maka InsyaAllah dia akan dapat apa yang dia niatkan.
Perhatikan NIAT kita. Perhatikan MATLAMAT kita. Pilihlah NIAT atau MATLAMAT yang benar setiap hari.
Sesungguhnya NIAT adalah suatu yang MEMBERI KESAN kepada Tindakan yang kita lakukan. Tanpa NIAT atau PENETAPAN MATLAMAT yang betul - kita akan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah; tanpa Hala Tuju.
=======
NIAT adalah SATU PILIHAN
Adakah kita mempunyai PILIHAN tentang NIAT ?
Adakah kita TERPAKSA dalam berniat ? Bermaksud kita sudah DI TETAP KAN untuk BERNIAT ? (QADHA` dan QADAR).
Jawapan nya : TIDAK.
Sebab - rasakan lah sendiri - sekarang pun kita boleh BERNIAT atau Menetapkan MATLAMAT. Tak rasa Terpaksa pun. CUMA, samada Berlaku atau Tidak apa yang kita Niatkan atau Matlamat itu - itu 0% kita dapat kontrol. Segalanya berlaku tetap mengikut KEHENDAK dan Ketetapan Allah. Namun, kita diberi 100% kontrol tentang apa yang kita hendak Niatkan atau Menetapkan MATLAMAT.
NIAT adalah SATU di antara 2 KUASA MEMILIH yang ALLAH berikan kepada kita. Yang lagi satu KUASA MEMILIH yang kita ada adalah samada kita mahu BERIMAN dengan Allah atau Tidak Beriman atau KUFUR atau ENGKAR atau BERPALING dari Allah.
NIAT adalah satu ANUGERAH TERBESAR yang Allah berikan kepada kita Manusia yang JARANG manusia Faham dan Menggunakan dengan BETUL.
----------- key note ------------
Bila NIAT adalah kebebasan MEMILIH yang diberikan oleh Allah, maka PILIHLAH NIAT atau MATLAMAT UTAMA kita untuk MENDEKATKAN DIRI kepada Yang Mempunyai Segala Sesuatu - mencari KURNIANYA - mencari KASIH SAYANGNYA. Pilihlah untuk MENGESAKAN hanya DIA dan janganlah pilihan kita terhenti pada Ciptaan Nya. Segala CIPTAAN NYA yang kita saksikan adalah hanya Ujian. Tetapkan MATLAMAT untuk MELIHAT DIA dalam apa sahaja yang berlaku pada kita melalui CIPTAAN NYA.
----------------------------------
========
Niat adalah JAWAPAN kepada Mengapa atau Atas Tujuan Apa atau KERANA APA sesuatu Perbuatan itu dibuat
Al-Baqarah : 265
وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوٰلَهُمُ ابْتِغَآءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍۭ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَـَٔاتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
● Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya KERANA MENCARI (IBTIGHO) KEREDHAAN Allah (MARDHOTILLAH) dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. ●
========
Niat adalah DOA
Berhati-hatilah DAN sentiasa MENGAWAL apa yang kita niatkan.
Janganlah kita BERNIAT kepada keburukan sebagaimana Firman Allah :
Al-Isra' : 11
وَيَدْعُ الْإِنسٰنُ بِالشَّرِّ دُعَآءَهُۥ بِالْخَيْرِ ۖ وَكَانَ الْإِنسٰنُ عَجُولًا
● Dan manusia MENDOA untuk KEJAHATAN sebagaimana ia MENDOA untuk KEBAIKAN. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. ●
Doa yang di maksudkan ayat Allah di atas jelas merujuk kepada NIAT sebab jika seseorang hendak berbuat kejahatan, dia tidaklah berdoa "Ya Allah aku mahu mencuri" melainkan ianya hanyalah NIAT dalam Dirinya.
Jika di perincikan lagi, GERAK HATI untuk mencuri itu meskipun HAKIKATNYA dari Allah semata-mata; TETAPI ianya berlaku kerana NIAT atau PENETAPAN MATLAMAT dalam Diri kita yang tidak benar - iaitu mahu mengambil hak orang lain dan Tidak MAHU MENERIMA syari'at ketetapan Allah.
Allah akan Mengabulkan Doa (Niat) hambaNya.
Al-Baqarah : 186
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
● Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka, bahawasanya Aku adalah dekat. Aku MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang BERDOA apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. ●
Pernah tak sebelum tidur kita BERNIAT atau Bermatlamat nak bangun pukul 6 pagi? Apa jadi ? MEMANG selalunya Allah Makbul Niat atau Doa Tersebut. Kalau BENAR Niat kita, TEPAT 6 pagi kita TERJAGA atau sebenarnya "Disedarkan".
========
Hubungkan Diri dengan Allah
NIAT atau PENETAPAN MATLAMAT yang PERTAMA dan PALING UTAMA yang kita MESTI BUAT adalah sentiasa MAHU BERHUBUNG dengan Allah.
Kita sentiasa kena BERHUBUNG atau "Connect" dengan SUMBER segala SESUATU iaitu Allah Taala.
Apa maksudnya dengan kenyataan ini ?
- Sentiasa BERHUBUNG dengan Allah -
Maksudnya adalah kita Berhubung dengan Tujuan kita dan juga dari mana kita Berasal.
Kita ini BERASAL dari Allah. Kita ini datangnya bukan dari Alam Nyata atau Alam berdimensi ini. Kita juga akan KEMBALI kepada Allah.
Ini adalah FAKTA dari Perkataan Allah.
Ini juga adalah FAKTA dari Quantum Physics.
Jika kita UBAH cara kita tengok TERHADAP sesuatu, SESUATU yang kita Lihat itu BERUBAH.
Ini bukan hanya kata-kata mutiara nak jadi Penyedap Jiwa tetapi adalah FAKTA SAINTIFIK. Ianya telah DIBUKTIKAN beribu kali dalam "Double Slit Experiment".
Ianya satu KEBENARAN.
IANYA satu KEPASTIAN yang PERLU di YAKINI 100 %.
Jika kita melihat sesuatu, sesuatu itu menjadi Partikel. Jika kita tidak melihatnya, sesuatu itu menjadi Gelombang ("waves").
Sekarang kita pergi kepada kehidupan.
Realiti yang kita lihat SEBENARNYA hanyalah satu PERSEPSI ("perception"). Semua atau setiap sesuatu yang kita lihat sebenarnya bukanlah REALITI tetapi hanya PERSEPSI semata-mata.
Dan PERSEPSI adalah bergantung kepada NIAT.
Wanita yang lihat Mak Mertuanya seorang yang suka "kontrol" kehidupan anaknya. Jika itu yang di lihat dan dipercayainya - maka itulah jadinya Pada PERSEPSINYA sahaja.
Jika wanita ini tidak MELIHAT dan MEMPERCAYAI sedemikian, tetapi melihat ibu mertuanya seorang yang "mengambil berat" terhadap anaknya - maka itulah juga akan jadi PERSEPSI pada dirinya.
Sungguh berbeza dua PERSEPSI tesebut yang akan menghasilkan tindakan yang sangat berlainan. Satu akan membuat tindakan baik dan satu lagi tindakan buruk.
Bila kita melihat sesuatu kita mempunyai PERSEPSI terhadap sesuatu. Ubah cara kita melihat adalah dengan MENGUBAH PERSEPSI sesuatu itu pada kita. Untuk mengubah PERSEPSI pula kita kena UBAH NIAT atau Penetapan MATLAMAT kita.
-----
Bila kita sentiasa BERHUBUNG dengan SUMBER segala SESUATU, tiada apa yang akan KELIHATAN SALAH atau BURUK. Semuanya akan KELIHATAN Baik pada PERSEPSI kita.
Ego Diri kita sebenarnya adalah PEMISAH HUBUNGAN kita ini dengan Allah.
Orang yang EGO adalah orang yang MEMBANGGA DIRI:
Al-Baqarah : 206
وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللَّهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالْإِثْمِ ۚ فَحَسْبُهُۥ جَهَنَّمُ ۚ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ
● Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah KEBANGGAAN DIRINYA ('IZZAH) yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya. ●
Jika kita duduk dalam EGO diri kita , kita TERPISAH HUBUNGAN dengan Allah.
Bila kita sentiasa BERHUBUNG dengan Allah - kita sebenarnya BAHAGIA dan TENTERAM :
Ar-Ra'd : 28
الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
● (yaitu) orang-orang yang beriman dan QALBU mereka manjadi TENTERAM dengan MENGINGAT ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah QALBU menjadi TENTERAM. ●
Dan sebaliknya jika kita TIDAK BERHUBUNG dengan Allah :
Al-An'am : 125
فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُۥ يَشْرَحْ صَدْرَهُۥ لِلْإِسْلٰمِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُۥ يَجْعَلْ صَدْرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى السَّمَآءِ ۚ كَذٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
● Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia MELAPANGKAN DADANYA untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan DADANYA SESAK lagi SEMPIT, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. ●
Dada kita akan TERASA SESAK dan SEMPIT - ada sahaja yang TAK KENA sebab? KITA tidak BERHUBUNG dengan Allah. Kita LALAI dari MENGINGATI DIA.
Mengingat ALLAH adalah BERHUBUNG dengan Allah.
MEMUJI ALLAH adalah BERHUBUNG dengan Allah.
MENERIMA sesuatu KEJADIAN dengan PENYAKSIAN KESEMPURNAAN Perbuatan ALLAH adalah BERHUBUNG dengan Allah.
Kita hendaklah selalu dan sentiasa MERASA BAGUS - merasa segala PEMBERIAN Allah kepada kita Adalah Yang TERBAIK untuk kita dan KETENTUAN dan PERLAKSANAAN KETENTUAN Allah itu cukup SEMPURNA dan kita MENSYUKURInya. Jika kita sentiasa RASA begini bermakna kita BERHUBUNG dengan Allah.
Jika kita RASA sebaliknya - kecewa, marah, benci dan selalu tidak mahu MENERIMA apa yang terjadi dan BERLAKU - kita memutuskan HUBUNGAN dengan Allah.
Al-Baqarah : 216
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسٰىٓ أَن تَكْرَهُوا شَيْـًٔا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسٰىٓ أَن تُحِبُّوا شَيْـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
● ... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ●
An-Nisa' : 19
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَرِثُوا النِّسَآءَ كَرْهًا ۖ وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّآ أَن يَأْتِينَ بِفٰحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ ۚ وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسٰىٓ أَن تَكْرَهُوا شَيْـًٔا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
● ... Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. ●
Apa sahaja yang BERLAKU terhadap kita - kita kena merasa Aman dan Harmoni dengan PERLAKUAN tersebut. Ianya datang dari SUMBER segala SESUATU yang MELAKSANAKAN secara ESA.
Bila kita sentiasa BERHUBUNG dan Mengingati Allah - kita akan di ingati Nya :
Al-Baqarah : 152
فَاذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِى وَلَا تَكْفُرُونِ
● Kerana itu, INGATLAH kamu kepada-Ku niscaya Aku INGAT (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. ●
Al-Jumu'ah : 10
فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلٰوةُ فَانتَشِرُوا فِى الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
● ... dan carilah KURNIA Allah dan INGATLAH Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. ●
Sangat banyak ayat-ayat Allah menyuruh untuk sentiasa Mengingati dan Membesarkan Nya.
Bukan sahaja mengingati, malah kita di suruh UNTUK MENUMPUKAN perhatian atau maksud lainnya - menjadikan Allah sebagai Matlamat kita :
Al-Insyirah : 8
وَإِلٰى رَبِّكَ فَارْغَب
● And to your RABB, turn your ATTENTION. ●
● Dan kepada Tuhanmu, kamu TUMPUKAN PERHATIAN. ●
------------- key note --------------
FOKUS Diri atau Matlamat kita hendaklah kepada Allah - Menyerahkan wajah (Rasa diri) kita kepada Nya, mencari Wajah Nya, mendapat Redha Nya dan menjadi hamba abdi Nya :
------------------------------------------
Al-Baqarah : 112
بَلٰى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُۥٓ أَجْرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
● bahkan barangsiapa yang MENYERAHKAN (ASLAM) WAJAH (WAJHAHU) kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan (MUHSIN), maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. ●
Al-Lail : 20
إِلَّا ابْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلٰى
● tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena MENCARI (IBTIGHO`) WAJAH (WAJHI) Tuhannya yang Maha Tinggi. ●
An-Nisa' : 114
لَّا خَيْرَ فِى كَثِيرٍ مِّن نَّجْوٰىهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلٰحٍۭ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذٰلِكَ ابْتِغَآءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
● ... Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana MENCARI KEREDHAAN Allah (IBTIGHO` MARDHATILLAH), maka kelak Kami memberi kepadanya ganjaran yang besar. ●
Ali 'Imran : 174
فَانقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَّمْ يَمْسَسْهُمْ سُوٓءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوٰنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ
● Maka mereka kembali dengan nikmat dan KURNIA (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka MENGIKUTI KEREDHAAN Allah (WABTAGHU RIDHWA NALLAH). Dan Allah mempunyai KURNIA yang besar. ●
Az-Zariyat : 56
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia MELAINKAN supaya mereka MENGABDI kepada-Ku. ●
Di sinilah letaknya KEHARMONIAN sebenar - bilamana MATLAMAT bersatu. Jika NIAT atau PENETAPAN MATLAMAT kita SAMA dengan MATLAMAT ALLAH ciptakan kita.
======
Berbuat dan Berlaku Baik kepada Manusia lain
Dalam English di panggil "Kindness".
Dalam Arab di panggil AHSAN (atau AHSIN). Orang yang berbuat baik di panggil MUHSININ.
Kita MESTILAH BERNIAT atau MENETAPKAN MATLAMAT untuk sentiasa MAHU BERBUAT BAIK kepada sesama manusia dan juga kepada makhluk Allah yang lain.
Ali 'Imran : 134
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ وَالْكٰظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
● (yaitu) orang-orang yang MENAFKAHKAN (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang MENELAN KEMARAHANNYA dan MEMAAFKAN (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat KEBAIKAN (MUHSININ). ●
Sesiapa berbuat baik kepada orang lain - daya imun dalam dirinya bertambah.
Orang yang menerima kebaikan orang lain juga mendapat pertambahan imun.
Orang yang menyaksikan kebaikan yang orang lain beri kepada orang lain juga mendapat pertambahan imun dalam dirinya.
Penmbahan Imun dalah BUKTI dan FAKTA dari EKSPERIMEN SAINS.
Al-A'raf : 56
وَلَا تُفْسِدُوا فِى الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلٰحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ
● ...Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat KEBAIKAN (MUHSININ).
Al-Qasas : 77
وَابْتَغِ فِيمَآ ءَاتٰىكَ اللَّهُ الدَّارَ الْءَاخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَآ أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِى الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
● ... dan berbuat baiklah (AHSIN) (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik (AHSAN), kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. ●
======
Sayang sesama Manusia
Dalam English di panggil "Love".
Dalam Arab di panggil UHIBBU.
Orang yang sentiasa BERHUBUNG dengan Allah akan merasakan KASIH SAYANG ALLAH dan akan merasakan kasih sayang sesama manusia.
Kita mestilah BERNIAT atau MENETAPKAN MATLAMAT untuk sentiasa Menyayangi sesama manusia.
Allah itu adalah Ar-Rahman - Tuhan Maha Penyayang. Dia amat SAYANG akan hamba-hambaNya.
SUMBER segala kasih sayang ADALAH dari Allah.
Al-Ahzab : 43
هُوَ الَّذِى يُصَلِّى عَلَيْكُمْ وَمَلٰٓئِكَتُهُۥ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمٰتِ إِلَى النُّورِ ۚ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
● Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha PENYAYANG kepada orang-orang yang beriman. ●
Hendaklah kita BERNIAT untuk sentiasa MENYAYANGI orang lain terutama keluarga terdekat sebab mereka itu semua adalah hamba-hamba Allah. Jika kita tidak menyayangi sesama manusia - kita sudah memutuskan HUBUNGAN dengan Allah.
======
Hormat dan Yakin pada diri yang sempurna yang Allah telah membentuk kita dengan Sebaik-baiknya
At-Tin : 4
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
● sesungguhnya Kami telah menciptakan MANUSIA (INSAN) dalam bentuk yang sebaik-baiknya. ●
Kita jangan menilai atau melabel orang lain. Jika kita menilai orang lain sekian-sekian, sebenarnya diri kitalah yang di "nilai" dan apa sahaja yang kita lebelkan itu akan kembali kepada kita.
Kita tak payah nak jadi lebih bagus dari orang lain.
Kita cuma perlu jadi lebih baik dari diri kita sebelum ini - inilah hasil keyakinan dan hormat dan sayang kepada diri sendiri.
Maka, kita mestilah BERNIAT atau MENETAPKAN MATLAMAT untuk sentiasa MEMPERBAIKI Diri sendiri :
Asy-Syams : 9
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكّٰىهَا
● sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, ●
=======
Kecantikan
Dalam English di panggil "Beauty"
Kita berasal ("emanate") dari SUMBER yang Tidak Berupa Bentuk, yang Berdiri Sendiri dan Yang Tidak Berdimensi.
Kita bukan berasal dari Partikel yang dari Alam Nyata ini.
Setiap Kecantikan yang kita saksikan Kesemuanya berasal dari SUMBER yang SATU, SUMBER segala SESUATU.
Kecantikan atau Keindahan itu ADALAH suatu yang BENAR.
Al-A'raf : 31
يٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوٓا ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
● Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang INDAH di setiap (memasuki) Masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. ●
Hadis riwayat Muslim :
"Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan Kecantikan. "
Maksud nya di sini - kita hendaklah BERNIAT atau MENETAPKAN MATLAMAT untuk sentiasa MENCARI atau pandang kepada KECANTIKAN yang ada pada sesiapa atau sesuatu DAN MENGHINDARI dari mencari KEBURUKAN sesiapa atau sesuatu.
Al-Hujurat : 11
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسٰىٓ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسٰىٓ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقٰبِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمٰنِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ
● Hai orang-orang yang BERIMAN, janganlah SEKUMPULAN (satu PUAK) orang laki-laki merendahkan KUMPULAN (PUAK) yang lain, boleh jadi yang DITERTAWAKAN itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan JANGANLAH suka MENCELA DIRIMU sendiri dan jangan memanggil dengan GELARAN yang mengandung EJEKAN. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. ●
Marah, Kecewa dan Benci adalah ENERGI yang menghancurkan dan membinasakan diri kita - JIKA APA yang kita NAMPAK hanya KELEMAHAN atau KEBURUKAN sesiapa atau sesuatu.
Asal kepada RASA Diri yang Tak Baik atau Jahat adalah BILA kita cuma dapat MELIHAT KEBURUKAN sesiapa atau sesuatu.
Cari KECANTIKAN dalam setiap orang, dalam setiap perkara yang berlaku dalam perjalanan Hidup kita nescaya akan kita dapat KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN.
======
Hidup dengan RASA Limpahan Kurnia Allah
Dalam English di panggil " Abundance".
Dalam Arab di panggil "FADHL"
Allah mempunyai KURNIA yang BESAR.
Al-Baqarah : 105
مَّا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتٰبِ وَلَا الْمُشْرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍ مِّن رَّبِّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
● ... Dan Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya (untuk diberi) rahmat-Nya (kenabian); dan Allah mempunyai KURNIA (FADHL) yang besar. ●
Kita mestilah BERNIAT atau MENETAPKAN MATLAMAT untuk sentiasa MENCARI dan Mendapatkan KURNIA ALLAH.
Orang yang tidak MAHU mencari Kurnia Allah adalah orang yang Rugi. Orang yang Tidak MAHU mencari KURNIA ALLAH merasakan jika dirinya berusaha kuat - maka dia sentiasa mendapat - itu KESILAPAN PEMAHAMAN tentang cara hidup.
Al-Baqarah : 64
ثُمَّ تَوَلَّيْتُم مِّنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ ۖ فَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ لَكُنتُم مِّنَ الْخٰسِرِينَ
● Kemudian kamu berpaling setelah itu, maka kalau tidak ada KURNIA (FADHL) Allah dan rahmat-Nya atasmu, niscaya kamu tergolong orang yang rugi. ●
Al-Baqarah : 198
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّبِّكُمْ ۚ فَإِذَآ أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفٰتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ ۖ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدٰىكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِۦ لَمِنَ الضَّآلِّينَ
● Tidak ada dosa bagimu untuk mencari KURNIA (FADHL) dari Tuhanmu. .. ●
Al-Baqarah : 243
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ خَرَجُوا مِن دِيٰرِهِمْ وَهُمْ أُلُوفٌ حَذَرَ الْمَوْتِ فَقَالَ لَهُمُ اللَّهُ مُوتُوا ثُمَّ أَحْيٰهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ
● ... Sesungguhnya Allah mempunyai KURNIA (FADHL) terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. ●
Al-Baqarah : 251
فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ اللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُۥدُ جَالُوتَ وَءَاتٰىهُ اللَّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُۥ مِمَّا يَشَآءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلٰكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعٰلَمِينَ
● ... Tetapi Allah mempunyai KURNIA (FADHL) ke atas semesta alam. ●
Al-Baqarah : 268
الشَّيْطٰنُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَآءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَلِيمٌ
● Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat perbuatan keji (FAKHSYA) ; sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan KURNIA (FADHL). Dan Allah Maha Meliputi (WASI'UN) Pengetahuan Nya. ●
Yunus : 60
وَمَا ظَنُّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ
● ... Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai KURNIA (yang dilimpahkan) atas manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(nya). ●
======
Hidup dengan hakikat PENERIMAAN
Dalam English di panggil "Receptivity".
Ali 'Imran : 83
أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُۥٓ أَسْلَمَ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
● Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah BERSERAH diri SESIAPA yang di langit dan di bumi, baik dengan RELA mahupun TERPAKSA
dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan. ●
Ar-Ra'd : 15
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلٰلُهُم بِالْغُدُوِّ وَالْءَاصَالِ ۩
● Hanya kepada Allah-lah sujud (patuh) SESIAPA yang di langit dan di bumi, baik dengan kemahuan sendiri ataupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari. ●
Kita mestilah BERNIAT atau MENETAPKAN MATLAMAT untuk sentiasa MENERIMA akan apa sahaja yang TELAH BERLAKU, sedang BERLAKU dan juga AKAN BERLAKU.
Ini adalah maksud BERSERAH yang sebenar - iaitu MENERIMA atau "Accept" - dengan RASA RELA dan REDHA dan bukan dengan RASA TERPAKSA.
Berdasarkan ayat 15 surah Ar-Ra'd di atas - rela atau tidak, perlaksanaan ketentuan Allah akan berlaku 100% tanpa kemahuan atau kehendak kita sedikitpun. Segalanya berlaku mengikut KEHENDAK ALLAH yang ESA.
======
Tentang "Path of Least Resistance" atau Tentang Jalan yang paling kurang Rintangan.
Apakah Jalan yang paling kurang Rintangan ?
Ianya adalah Jalan Yang Lurus.
Allah berada (di atas - 'ALA) di Jalan Yang Lurus :
Hud : 56
إِنِّى تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّى وَرَبِّكُم ۚ مَّا مِن دَآبَّةٍ إِلَّا هُوَ ءَاخِذٌۢ بِنَاصِيَتِهَآ ۚ إِنَّ رَبِّى عَلٰى صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
● Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang LURUS. ●
Al-An'am : 126
وَهٰذَا صِرٰطُ رَبِّكَ مُسْتَقِيمًا ۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْءَايٰتِ لِقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ
● Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang LURUS. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran. ●
Jika kita berada di Jalan Yang Lurus, sesungguhnya kita berada di tempat yang selamat dari bermacam mara bahaya dunia. Kita "align" atau "submit" atau SERAH diri kita dengan KEHENDAK ALLAH.
Maka, kita mestilah BERNIAT atau MENETAPKAN MATLAMAT untuk sentiasa MAHU duduk atau menghala ke jalan yang lurus iaitu Jalan PENGABDIAN kepada Allah :
Ya Sin : 61
وَأَنِ اعْبُدُونِى ۚ هٰذَا صِرٰطٌ مُّسْتَقِيمٌ
● dan hendaklah kamu MENGABDI DIRI kepada Aku. Inilah jalan yang lurus. ●
------
Janganlah RAGU-RAGU tentang KEBIJAKSANAAN ALLAH
Kita kena sentiasa "tune"kan Diri kita dengan ALLAH - bermaksud "align"kan atau SERAHKAN RASA Diri kita dengan KEHENDAK ALLAH dan Yakin akan Kebijaksanaan Allah yang terjadi dalam SEGALA HAL yang berlaku.
Fahamkan SETIAP yang BERLAKU ada SUMBER nya - ada TUKANG BUATNYA dan ianya tak lain dari ALLAH yang MEMPUNYAI PERBUATAN.
======
Pentingnya KEJELASAN dalam BERNIAT
Apakah maksudnya kenyataan ini ?
Bila kita BERNIAT atau MENETAPKAN MATLAMAT, adalah sangat penting untuk kita BAYANGKAN HASIL yang kita mahukan itu SEJELAS-JELASNYA.
Selalunya orang biasa nya akan hanya BERNIAT atau MENETAPKAN MATLAMAT secara "tidak jelas" atau "vague" - ini adalah satu KELEMAHAN BESAR yang perlu kita UBAH atau PERBAIKI.
Bila TUJUAN atau Matlamat kita TIDAK JELAS - bagaimana kah kita mahu MENDAPATkan HASIL yang kita mahukan sedangkan kita TAK JELAS apa sebenarnya MATLAMAT kita ?
Bagaimana hendak MENDAPATKAN KEJELASAN MATLAMAT ?
1) Fahamkan MATLAMAT yang UTAMA atau yang BESAR terdiri dari Matlamat-matlamat kecil. Ianya sering di panggil Matlamat Jangka Panjang dan Matlamat Jangka Pendek. Matlamat Jangka Pendek adalah sub-set kepada Matlamat Jangka Panjang.
2) Fahamkan bahawa setiap Matlamat Mesti ada APA YANG NAK DI BUAT, SIAPA yang BUAT dan BILA nak Buat dan Selesaikan. 3 benda ni KENA JELAS.
Jika sesiapa yang bekerja di Pejabat atau Syarikat - Swasta atau Kerajaan pasti tahu tentang "Gant Chart" atau "Milestone".
Maka, fahamilah untuk mendapatkan KEJELASAN MATLAMAT - kita perlu MENULIS secara SPESIFIK, perlu MERANCANG. MESTI ada Tarikh Target Selesai, Buat Apa dan Oleh Siapa.
Fahamilah NIAT atau PENETAPAN MATLAMAT dan Perancangan Teliti TIDAK boleh DIPISAHKAN.
NIAT + PERANCANGAN = USAHA.
Maksud Usaha yang SEBENARNYA adalah gabungan Niat dan Perancangan. Jika kita tiada Niat dan tiada Perancangan - maknanya kita TIDAK BERUSAHA.
Janganlah kata kita sudah BERUSAHA tetapi GAGAL jika kita TAK PAHAM pun apa sebenarnya maksud USAHA.
Al-Isra' : 19
وَمَنْ أَرَادَ الْءَاخِرَةَ وَسَعٰى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولٰٓئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُورًا
● Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan BERUSAHA (SA'A) ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang USAHA NYA (SA'YUHUM) dibalasi dengan baik. ●

● Dan CARILAH (IBTIGHO) pada apa yang telah DIANUGERAHKAN Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (AHSIN) (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik (AHSAN), kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. ●
=======
End of Mission.
Kesimpulan :
1) Niat bukanlah Lintasan Hati atau Hadiran Hati atau Gerak Hati.
2) Niat adalah PENETAPAN MATLAMAT.
3) Niat dan Perancangan tidak boleh di pisahkan. Itulah USAHA pada definasi sebenar.
4) Yang Terutama dalam BERNIAT Atau Menetapkan MATLAMAT adalah sentiasa mahu BERHUBUNG dan Mendapatkan keredhaan Allah. Sentiasa mahu berada di jalan yang lurus iaitu Jalan Mengabdikan diri kepada hanya DIA.
Begitulah Maksud NIAT yang SEBENARNYA kita UMMATAN WASATHON kena faham dan bukanlah pemahaman "niat" yang biasa kita di fahamkan - yang menjadikan Orang Islam lemah.
End.
Allah Al - 'Alim
=====

Ulasan
Catat Ulasan