Langkau ke kandungan utama

Soleh itu IMPROVE

Soleh adalah IMPROVE

(Date written : 24 Jan 2014 - KAS )
(Last Update : 29 Jan 2014 - KAS )
 
Intromission
==========

Amal Soleh selalu Umat Islam di fahamkan dengan :

1) selalu ke Masjid
2) dengar ceramah
3) buang duri ke tepi jalan
4) sedekah jariah
5) selalu solat, jaga solat, puasa, jaga fardhu 6) buat amalan sunat yang lain.

Betul dan benar - Itu memang Amalan soleh.

Tapi hanya probably 10% dari Maksud Amalan Soleh.

======

Berapa kali Soleh di sebut dalam Quran

1) Sebanyak 53 kali di sebut dalam Al Qur'an bersama dengan Beriman - " Orang yang Beriman dan Beramal Soleh" - ALLAZINA AMANU WA 'AMILUS SOLEHAT

2) 71 kali di sebut kaitan antara Iman dan Amal Soleh.  

======

Soleh atau ASLAHA, ASLIHU, ASLAHU bermaksud MEMPERBAIKI atau PENAMBAHBAIKKAN.

Atau "Continuos Improvement".

Muhammad : 2

   وَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَءَامَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ

● Dan orang-orang beriman dan beramal soleh (SOLIHAT) serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan MEMPERBAIKI (ASLAHA) keadaan mereka. ●

ASLAHA atau SOLEH jelas bermaksud MEMPERBAIKI atau "IMPROVE"

An-Nisa' : 16

   وَالَّذَانِ يَأْتِيٰنِهَا مِنكُمْ فَـَٔاذُوهُمَا ۖ فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا عَنْهُمَآ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ تَوَّابًا رَّحِيمًا

● Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji di antara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya, kemudian jika keduanya bertaubat dan MEMPERBAIKI (ASLAHA) diri, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. ●

Al-Ma'idah : 39

   فَمَن تَابَ مِنۢ بَعْدِ ظُلْمِهِۦ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

● Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan
kejahatan itu dan MEMPERBAIKI (ASLAHA) diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●

Al-A'raf : 56

   وَلَا تُفْسِدُوا فِى الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلٰحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

● Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah MEMPERBAIKINYA (ISLAHIHA) dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan harapan. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. ●

Begitu banyak ayat2 Allah yang menunjukkan bahawa ASLAHA atau SOLEH bermaksud MEMPERBAIKI atau dalam English nya "IMPROVE".

Al-Anfal : 1

   يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ الْأَنفَالِ ۖ قُلِ الْأَنفَالُ لِلَّهِ وَالرَّسُولِ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ ۖ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

● Mereka menanyakan kepadamu tentang (pembagian) harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang kepunyaan Allah dan Rasul, oleh sebab itu bertakwalah kepada Allah dan PERBAIKILAH (ASLIHU) perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman". ●

An-Nahl : 119

   ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُوا السُّوٓءَ بِجَهٰلَةٍ ثُمَّ تَابُوا مِنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ وَأَصْلَحُوٓا إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

● Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan MEMPERBAIKI (ASLAHU) (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●

Jelas dan teranglah kepada kita bahawa MAKSUD SEBENAR SOLEH adalah MEMPERBAIKI atau "IMPROVE".

Jadi, segala benda yang kita lakukan, HENDAK LAH kita selalu memikirkan bagaimana kita nak PERBAIKI dari satu situasi yang buruk kepada yang baik.   Contoh Amal Soleh adalah kalau dulu masa paip air takde kat rumah, tiap2 hari kena bangun pagi kena pikul baldi bawa air dari perigi.

Dengan memikirkan satu cara iaitu untuk lebih efficient,  kita telah memasang paip air dari sumber air kepada rumah kita. Itu adalah AMALAN SOLEH, sebab kita sudah ada Penambaikkan kepada sesuatu usaha yang berulang dan memakan masa dan tenaga kepada yang AUTOMATED. Dengan itu kita dapat membuat pelbagai kerja atau amalan lain yang lebih utama dan memberi lebih kebaikan.

Kita Umat Islam sepatutnya sekarang sudah FAHAM bahawa Amal Soleh itu adalah amalan PERBAIKI atau PENAMBAHBAIKKAN.

Jangan lah fikiran kita di sempitkan dengan menganggap amal soleh itu adalah amalan FARDU AIN sahaja. Kalau manusia yang meluangkan masa MENGKAJI dan  MEMBUAT KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKKAN kita tidak mengatakan itu amal soleh. Itu adalah tidak benar.

Lihat Firman Allah lagi :

Al-Ahzab : 70

   يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

● Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, ●

Al-Ahzab : 71

   يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمٰلَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

● niscaya Allah MEMPERBAIKI (YUSLIH) bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. ●

Ayat Allah di atas jika kita Bertaqwa dan berkata benar,  Allah sendiri akan MEMPERBAIKI amalan orang bertaqwa tersebut.

Muhammad : 2

   وَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَءَامَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ

● Dan orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan MEMPERBAIKI (ASLAHA) keadaan mereka. ●  

======

End of Mission

Sesiapa pun di kira Amal Soleh jika kita sentiasa hendak PERBAIKI apa sahaja dari yang buruk, lambat, tak efficient, lemah, kotor dll kepada cantik, cepat, kuat, bersih dll, TERUTAMA Perbaiki Diri kita sendiri dari Malas Bekerja kepada Rajin Bekerja, MALAS MEMBACA kepada Rajin Membaca dan Mengkaji, dari banyak melanggar perintah Allah kepada menurut perintah Allah dan lain-lain IMPROVEMENT dari MISTAKES yang kita pernah buat.


Cuma kalau orang tak BERIMAN,  Amal Solehnya jadi sia-sia :

Al-A'raf : 147

   وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِـَٔايٰتِنَا وَلِقَآءِ الْءَاخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمٰلُهُمْ ۚ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

● Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mendustakan akan menemui akhirat, sia-sialah AMAL mereka. Mereka tidak diberi balasan selain dari apa yang telah mereka kerjakan. ●

Allah Al-'ALIM

End.

======


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...